Siakap Keli

”SS Husnuzon, Mungkin Doktor Maksudkan Telur Penyu”, Respon Suhaimi Terhadap Angkasawan Negara

Perdebatan bentuk muka bumi yang dimulakan oleh bekas penyanyi sebuah kumpulan nasyid, Suhaimi Saad (SS) sebelum mencabar angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sukor bersumpah bahawa Bumi berbentuk sfera nampaknya masih belum terhenti.

Terdahulu, Dr. Sheikh Muszaphar telahpun membuat kenyataan balas bahawa bentuk muka bumi berbentuk sfera, tetapi tidak seperti bola sebaliknya membujur seperti telur.

Namun begitu, jawapan yang diberi beliau disangkal oleh Suhaimi yang masih berpegang dengan pendapatnya yang tersendiri.

”Minggu lepas Dr kata Bumi ini sfera. Pagi ini Dr kata tak sfera sangat, macam bentuk telur. Dr biar betul.

”Besar harapan netizen dan rakyat Malaysia ni nak dengar Dr kata sfera. Tup tup tup, Dr kata macam telur pulak,” katanya SS.

Menurut SS, bentuk sfera itu adalah seperti bola manakala bentuk telur pula adalah bujur. Malah SS juga berkata sejak dibangku sekolah lagi sudah diajar bahawa Bumi berbentuk sfera.

”Okey, SS husnuzon. Mungkin Dr maksudkan telur penyu. Elok la Dr tak bersumpah. SS takut juga Dr termakan sumpah.

”Sebab Dr tengok pun lebih daripada 10 tahun. Mungkin Dr pun sudah tidak berapa pasti,” kata SS lagi.

Oleh itu katanya, dia memaafkan angkasawan negara itu dan pada masa yang sama mengucapkan terima kasih diatas kesudian Dr Sheikh Muszaphar memberi respon terhadap cabaranya.

Sumber: Musos

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.