Siakap Keli

”Tuhan, Tolong Cabut Nyawa Saya”, Tidak Tahan Dibuli, Kanak-Kanak Tinggal Nota Bunuh Diri Kepada Gurunya

Akibat tidak tahan sering menjadi mangsa buli untuk tempoh yang lama, seorang kanak-kanak lelaki Tahun 2 di Sydney, Australia ini bertindak menulis dan menyerahkan nota bunuh diri kepada gurunya.

”Tuhan, tolong cabut nyawa saya”, itulah kata-kata pada nota yang ditinggalkan oleh Jack Wilkinson.

Seminggu sebelum insiden nota bunuh diri itu ditinggalkan di atas meja gurunya, Jack telah dipukul oleh rakan sekelas kira-kira 10 minit.

Menurut ibunya, Kristy Sturgess, Jack ada masalah anxiety disoder yang dialaminya sejak usia muda dan terpaksa bertahan dengan segala kekajaman yang berlaku di sekolah.

Pada awalnya, Jack hanya menjadi mangsa buli mulut sahaja, digelar gila dan aneh namun segalanya berubah ketika di Tahun 2 apabila dia mula menjadi mangsa buli fizikal pula.

”Sentiasa ada rakan-rakanya yang melihat Jack adalah sasaran mudah untuk dibuli,” kata ibunya.

Menurut Kristy lagi, ketika Jack berusia 6 dan 7 tahun, dia pernah pulang daripada sekolah dalam keadaan menangis teresak-esak dan merayu padanya supaya tidak dipaksa ke sekolah lagi.

Jack sebenarnya telah menjadi mangsa buli semenjak hari pertama mendaftarkan diri di Tahun 2. Pada awalnya, dia hanya ditumbuk pada bahagian kepala beberapa kali sebelum menjadi mangsa buli fizikal yang lebih teruk.

Kejadian buli fizikal 10 minit itu berlaku di taman permainan dan perkara berkenaan dikongsikan oleh kembar Jack sendiri, Hunter.

Apabila pulang ke rumah, Jack yang berada dalam keadaan tertekan bertindak menulis pada bantal ”Saya tidak mahu hidup lagi”. Seminggu kemudian, dia meninggalkan nota bunuh diri di atas meja gurunya di sekolah.

Mujurlah, keadaan Jack yang semakin teruk disedari oleh pihak sepatutnya. Jack berjaya diselamatkan. Bagi menangani masalah anxiety disoder dan menyelamatkan Jack daripada menjadi mangsa buli lagi, ibunya membawa Jack untuk menjalani terapi seni.

Jack mula menunjukkan perubahan positif. Jack mempunyai bakat seni yang baik dan dengan bakat seni tersebut, Jack menggunakannya untuk mengatasi anxiety disoder dan trauma buli yang dialaminya.

Tidak mahu berhenti disitu, Jack dengan bantuan ibunya menghasilkan lukisan pada t-shirt untuk dijual di atas talian, manakala hasil jualan akan didermakan kepada Kid’s Hepline iaitu sebuah badan kebajikan yang memberi bantuan kepada kanak-kanak sepertinya.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.