Siakap Keli

(Video)Penumpang Feri Di Pulau Pinang Jatuh Ke Dalam Laut

GEORGE TOWN, 15 Feb (Bernama) — Seorang penumpang dipercayai terjatuh ke dalam laut dari sebuah feri penumpang yang belayar dari sini ke Butterworth pagi ini dan usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Maklumat yang diperolehi Bernama dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang menyatakan penumpang yang masih belum dapat dikenalpasti identiti itu dilaporkan terjatuh kira-kira 1.5 km ke barat laut Terminal Feri Butterworth kira-kira pukul 9.20 pagi ini.

Difahamkan empat buah bot milik Meritim, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pelabuhan Pulau Pinang berada di lokasi kejadian sejak pukul 9.50 pagi untuk mencari mangsa.

Sehingga pukul 2.30 petang ini, operasi mencari dan menyelamat ini masih belum berjaya menemukan mangsa.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.