Siakap Keli

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Seorang bayi yang baru berusia satu tahun telah mengalami masalah buah pinggan dan hati selepas bapanya tersilap membancuh susu bayi berkenaan dengan serbuk racun lipas.

Bayi itu dibawa terus ke hospital Wuhan di wilayah Hubei, China selepas bapanya menyedari kesilapan tersebut.

Kejadian berlaku apabila bapa kepada bayi itu keliru dengan rupa serbuk kalsium dengan serbuk racun lipas yang diletakkan berhampiran.

Bapanya, 28 tahun mengaku agak tergesa-gesa membancuh susu sebaik bangun daripada tidur dan keadaan rumah yang bersepah kerana dalam proses mengubah suai.

Zhao memberitahu anaknya mengalami muntah-muntah beberapa kali dan tidak berhenti menangis.  Menyedari perubahan anak itu, Zhao memeriksa paket serbuk yang dibuang ke dalam tong sampah dan terus membawa anaknya ke hospital.

Doktor memberitahu bayi itu mengalami rosak hati dan buah pinggang tetapi tidak berada dalam keadaan kritikal.

“Sekiranya lambat bawa dia ke hospital, pasti kita tak dapat selamatkan dia lagi,” kata doktor kepada bapa berkenaan.

Sumber: South China Morning Post

Nur Farra