Siakap Keli

Mayat Gadis Hilang 18 Tahun Lalu Ditemui Dalam Peti Sejuk Kakak Kandungnya

Misteri kehilangan seorang gadis di Croatia 18 tahun lalu mungkin menemui jalan penyelesaiannya dengan penemuan satu mayat di dalam peti sejuk dekat kediaman milik kakak kandung mangsa.

Mayat Jasmina Dominic yang berusia 23 tahun sewaktu hilang ditemui dalam sebuah peti sejuk beku di Mala Subotica, Croatia.

Mangsa yang merupakan seorang pelajar ketika itu hilang pada tahun 2000 namun keluarganya melaporkan kehilangan itu kepada pihak polis lima tahun kemudian iaitu pada 2005.

Menurut laporan media tempatan, kakak kepada mangsa diberkas selepas polis menggeledah rumahnya dan menjumpai mayat beku di dalam peti sejuk miliknya.

“Kemungkinan besar mayat yang dijumpai itu milik gadis yang dilaporkan hilang sekitar 16 Ogos 2005,” ujar pegawai polis, Nenad Risak.

Meskipun pihak polis enggan memberitahu  identiti suspek, namun media melaporkan suspek adalah kakak kandung kepada mangsa yang tinggal dirumah tersebut bersama suami dan tiga orang anaknya.

Ayah kepada Dominic sempat memberitahu kepada polis bahawa anaknya mengatakan mahu pergi bekerja di sebuah kapal persiaran pada tahun 2000 sebelum hilang tak kembali.

Sumber:  Msn News

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar