Siakap Keli

Gara-Gara Buat Pembedahan Plastik Di Korea, Tiga Wanita Terkandas Di Airport Sebab Muka Tak Sama Dengan Gambar Pasport

Korea Selatan terkenal dengan pusat pelancongan dan juga klinik-klinik pembedahan plastik yang merupakan antara yang terbaik di dunia. Tidak hairanlah ramai wanita-wanita dari rantau Asia seperti Jepun dan China sering mengunjungi negara tersebut untuk mengubah wajah mereka.

Sama seperti pembedahan yang lain, pembedahan plastik ini juga mengambil masa untuk sembuh dimana wajah akan menjadi sedikit membengkak dan menjadikan bentuk wajah agak berbeza.

Menurut laporan dari portal China, akibat wajah mereka tidak sepadan serta agak berbeza dari gambar pasport, tiga wanita warga China terkandas di lapangan terbang Korea Selatan ketika ingin menaiki pesawat ke tanah air mereka.

Bagaimanapun, pegawai terlibat tidak dapat mengesahkan identiti mereka berikutan dari luka, bengkak diwajah kesan dari pembedahan plastik yang mereka jalani di Korea Selatan.

Oleh sebab itu, mereka tidak dapat melepasi pemeriksaan imegresen dan hanya menunggu sehingga keputusan identiti mereka dipastikan.

Gambar tiga wanita yang tular di media sosial itu menerima pelbagai reaksi dari netizen.

“Dengan wajah yang bengkak tu, ibu sendiri pun tak akan kenal anda,” komen seorang netizen.

“Maafkan saya, saya tidak berniat untuk ketawa tetapi wajah mereka betul-betul bengkak,” tulis seorang lagi netizen.

Sumber- World Of Buzz

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar