Siakap Keli

Nekad Berhenti Demi Anak, Lelaki Dapat Simpan ‘Duit Rokok’ RM8,000, Bawa Keluarga Bercuti

Umum mengetahui merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan kerana bukan sahaja merisikokan si perokok, malah melibatkan orang-orang sekeliling mereka.

Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Orang yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Usaha seorang lelaki ini di Taiwan untuk berhenti merokok dan berkongsi kisah mereka melalui Facebook mendapat perhatian netizen.

Segalanya bermula apabila pasangan suami isteri ini dikurniakan seorang cahaya mata dan sejak itu suaminya nekad berhenti merokok demi keluarga.

Menariknya, setiap kali ingin merokok, dia akan menyimpan NT$50 (RM7) dan sehingga kini simpanannya mencecah hampir RM8,000.

Dia berasa lebih sihat dan berkeinginan membawa keluarganya bercuti menggunakan duit simpanan rokok yang berjaya dikumpul.

Sumber: China Press

Nur Farra