Siakap Keli

Penduduk Gempar Patung Berhala Dengan Kalungan Bunga Dalam Surau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Netizen dan penduduk setempat digemparkan dengan penemuan sebuah patung berhala yang dijumpai dihadapan pintu Surau Sabilul, Huda, Pendamar Indah, Pandamaran, Klang.

Pengecaman suspek dibuat melalui CCTV dan patung tersebut didakwa diletakkan di surau tersebut antara jam 2.30 hingga 4 petang semalam.

Beberapa gambar dikongsi pengguna Faceboook.  Antaranya kiriman saudara Hishamuddin yang menunjukkan sebuah patung berwarna merah dan hitam lengkap dengan kalungan bunga dileher.

21 Februari 2019 @ 8.48 pagi:

Kes di Surau Sabilul Huda, Pendamar Indah, Pandamaran, Klang. Sebuah patung berhala diletakkan di pintu masuk oleh individu tidak bertanggungjawab antara jam 2.30 hingga 4 petang semalam. Surau ini tidak mempunyai CCTV.

Sumber: Hishamuddin Ahmad Zaki

Nur Farra