Siakap Keli
Gambar Hiasan

Harga Petrol RON 95 Dan 97 Naik, Diesel Kekal

Harga minyak petrol bagi RON 95 dan RON 97 naik 10 sen bagi tempoh 23 Februari hingga 1 Mac depan, manakala harga Diesel kekal.

Harga baru bagi RON 95 adalah RM 2.08 seliter manakala RON 97 adalah RM 2.38 seliter. Bagi harga minyak diesel pula kekal pada RM 2.18 seliter.

Kenaikkan minyak pada minggu ini disebabkan faktor kenaikkan purata kos produk diproses dipasaran dunia berbanding minggu lalu daripada USD 63.11 setong kepada USD 69.91 setong.

Bagi minyak diesel pula turut berlaku peningkatan di peringkat dunia bagaimanapun kerajaan mengambil keputusan untuk mengekalkan harga semasa selaras dengan janji kerajaan. Harga baru minyak diesel pada minggu ini sepatutnya adalah RM 2.33 seliter.

Kerajaan terdahulu berjanji akan menstabilkan harga minyak diesel dan RON 95 sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan iaitu RM 2.20 seliter bagi RON 95 dan RM 2.18 seliter bagi diesel.

Sumner: MOF

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.