Siakap Keli

Wanita Ini Mahu Beg Tangannya Diperbuat Daripada Kulit Kaki Sendiri Yang Bakal Dipotong

Ini mungkin menjadi permintaan luar biasa bagi seorang wanita berusia 55 tahun dari Manchester, England yang mahu mencari pengilang bagi membuat beg tangan tetapi dari kulit kakinya sendiri.

Wanita tersebut yang menderita penyakit arteri periferal dikatakan bakal kehilangan kaki kirinya selepas pembedahan dalam usaha merawat penyakitnya itu. Oleh itu, dia mahu kakinya yang bakal dibuang itu menjadi sesuatu yang boleh disimpan.

Permintaan pelik untuk pembuatan beg kulit itu diterima oleh Sewport, satu platform dalam talian yang menghubungkan jenama dan pengilang.

Setelah membaca alasan yang munasabah dari wanita tersebut, mereka bersedia membantunya mencari pengilang yang sesuai bagi pembuatan beg berkenaan.

Wanita berkenaan dikatakan tidak dapat menerima hakikat kehilangan kakinya akan menjadi perkara yang sia-sia, merancang idea beg tangan dari kulit kaki yang dibuang bagi memastikan ia terus dapat disimpan.

”Saya tahu ia mungkin pelik dan jijik, dan sesetengah berfikir saya mungkin gila. Tetapi, ia adalah kaki saya dan saya tidak boleh menerima jika ia dibiarkan mereput begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa.

”Ia adalah sebahagian daripada saya dan saya mahu menyimpannya dengan cara ini,” tulis wanita itu dalam mesej yang dihantar kepada Sewporrt.

Malah, bagi menunjukkan cadangannya itu sebagai sesuatu yang serius, wanita tersebut turut mengirimkan idea lakaran beg tangan yang menggunakan kulit kakinya.

Sumber : Oddity Central

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.