Siakap Keli

”Pakcik Tak Nak Susahkan Siapa-Siapa,” Jalan Kaki 30KM Di Lebuh Raya, Pertemuan Pak Cik Dan Gadis Ini Meruntun Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap manusia mempunyai kisah dan pejralanan hidup masing-masing. Ada yang bergelut untuk meneruskan hidup kerana tidak semua dari kita bernasib baik.

Pertemuan gadis baik hati ini dengan seorang lelaki warga emas ternyata menjentik emosi yang membaca. Disebabkan rasa tidak sampai hati melihat pak cik ini berjalan di lebuh raya di tengah panas seorang diri, dia menawarkan bantuan untuk menghantarnya.

Bukan sahaja kesempitan hidup, malah pak cik ini dalam perjalanan pulang semula ke rumah dari Pulau Pinang menghala ke Taiping berjalan kaki kerana gagal mencari pekerjaan. Bayangkan jika ini ayah kita sendiri. Moga Allah permudahkan urusan pak cik ini. Ikuti luahan Nursyifarina Imani Abdullah seperti di bawah. Sebak!

KISAH SEORANG PAKCIK BERJALAN KAKI DI TEPI HIGHWAY DARI SG DUA SEBERANG KE TAIPING

Aku dah nampak dia dari jauh berjalan kaki menghala ke simpang tol jawi. Aku terus sebab aku nak p tol Alor Pongsu. Tapi hati aku tergerak nak tolong pakcik ni.

Aku pusing balik dan lawan arah sampai ke simpang Tol tu. Aku berhenti dan tunggu pakcik tu sampai kat aku. Sementara menunggu aku simpan wallet dan fon dalam pocket kerana aku tak tau pakcik ni jahat ka baik lagi pun aku perempuan. Lepas 2 minit macam tu pakcik tu sampai.

Aku : assalamualaikum pakcik (pakcik tu berkopiah).

Pakcik :waalaikumusalam ya anak , ada apa?

Aku : pakcik nak p mana jalan tengah-tengah highway ni?

Pakcik : pakcik nak p taiping … Lepas jawab dia terus sambung perjalanan.

Aku : fikir punya fikir…. Aku pun gerak depan sikit dekat pakcik tanya dia “nak saya tumpang kan pakcik.”

Pakcik : takpa la nak (dalam nada sayu, takut dan serba salah dan sambung lagi jalan.

Aku : terfikir lagi nak tolong hantar tak ada helmet tapi niat nak tolong … Takpa la pakcik saya tolong pakcik, saya nak hantar sampai taiping tapi saya pulak tak ada helmet lebih, saya tawakal tumpang kan pakcik p bustop parit buntar dan saya ambil tiket kat pakcik… Itu saja saya mampu tolong.

Pakcik : Tak menyusahkan anak ke, pakcik tak nak susahkan sapa-sapa (air mata pun jatuh)

Aku : Mungkin rezeki pakcik dari bantuan saya ni…

Pakcik pun naik dan kami teruskan perjalanan dengan pakcik tak berhelmet dan aku pun tawakal. Sambil atas motor aku tanya pakcik.

Aku : Pakcik dari mana dan nak ke mana?

Pakcik : pakcik dari SG DUA SEBERANG nak ke TAIPING.

Aku : pakcik orang Taiping ke?

Pakcik : Tak, pakcik orang Lenggong, pakcik p sg dua sebab nak cari KERJA tapi tak ada kerja jadi pakcik nak balik rumah pakcik di Taiping.

Aku : Dah berapa jam perjalanan pakcik, saya rasa mungkin lebih 30km dari SG DUA

Pakcik : Pakcik keluar sesudah SOLAT SUBUH dan sampai sekarang

Aku : Pakcik dah makan?

Pakcik : Belum nak (dengan nada suara yang sayu)

Aku : Takpa lah pakcik sat lagi sampai stesen bas saya beli tiket kat pakcik kemudian kita makan.

ELOK SAMPAI STESEN BAS PARIT BUNTAR

Pakcik : Nakkk !!!!! Ni bas taiping !!!!

Dengan gembira tersenyum dia habaq kat aku, aku pun p tanya kaunter bas pukul berapa dan kami sampai 3.38pm ada lebih kurang setengah jam sebelum bas bergerak pukul 4…

Aku toleh tengok pakcik tu tengah duduk di kerusi urut kaki dia… Berlinang air mata aku.

Aku p dekat dia cakap “pakcik bas pukul 4, jom saya belanja pakcik makan”

Pakcik : takpa lah anak, pakcik nak tunggu bas…

Aku : Aku merayu “jom la pakcik ,terima laa bantuan saya ni “

Pakcik : Takpa anak, anak dah banyak tolong pakcik. Moga murah rezeki anak, dipanjangkan usia anak.

Aku pun p kedai beli bekalan roti 3pac air 1 botol dan bagi duit RM15… Rm5 untuk tambang dan RM10 untuk makan.

Moga Allah swt permudahkan perjalanan pakcik. Elok aku p dekat parking moto dan pandang pakcik tu dah naik bas dan aku ternampak pakcik tu menangis.

Sumber : Nursyifarina Imani Abdullah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.