Siakap Keli

Ini Sebenarnya Purata Elaun Yang Patut Diterima Oleh Pelajar Intern Yang Jalani Latihan Praktikal

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Rasa mesti dah ramai sangat tahu purata gaji untuk graduan muda mahupun yang sudah berpengalaman bukan? Dalam bab-bab rundingan gaji sewaktu interview semua kami dah kongsikan sebelum ini. Tapi bagaimana pula dengan internship? Takkanlah sampai tak ada elaun langsung? Zaman sekarang semua benda nak pakai duit.

Rasanya boleh dikatakan keseluruhan syarikat yang ada di Malaysia ini (terutamanya di ibu kota) akan menawarkan elaun kepada internship ini. Cuma berapa purata yang sepatutnya mereka terima? Adakah mereka layak untuk demand? Kalau anda perasan, ada sestengah syarikat yang menawarkan elaun yang cukup tinggi boleh sehingga hampir setaraf dengan pekerja tetap disitu.

Namun, adakah mereka layak terima dengan jumlah tersebut, mesti ramai pelajar internship akan mula mempertikaikan syarikat mereka jika elaun yang diterima begitu rendah berbanding dengan rakannya yang menerima jumlah yang besar. Dari situ mula timbul keluhan dengan bebanan kerja yang tak setimpal dengan bayaran yang diterima. jadi adakah anda sebenarnya ditindas atau ‘dihambakan’ oleh majikan?

Apa Itu Elaun?

Elaun bermaksud jumlah wang yang diperuntukkan pada masa yang tetap untuk tujuan yang tertentu. Dalam konteks kerja, majikan yang menyediakan elaun kebiasaannya bertujuan untuk membuat kawalan di tempat atau kepada pekerja bagi menentukan jumlah wang yang diperuntukkan itu dibelanjakan untuk tujuan tertentu sahaja.

Sebagai contoh, sebuah syarikat memberikan elaun kepada pekerja bagi kemudahan makan dan perbelanjaan perjalanan apabila bekerja di luar kawasan (outstation). Pekerja haruslah menyediakan resit sebagai bahan bukti.

Jenis-jenis Elaun

Elaun juga berbentuk token atau baucar yang boleh digunakan pada tujuan tertentu, seperti baucar makanan. Ia terbahagi kepada dua jenis elaun iaitu:

Elaun Monetary:

Elaun Monetary adalah peruntukkan wajib keatas semua pekerja, pendek kata elaun monetary ini adalah gaji bulanan. Dalam hal ini, internship juga kebiasaanya diberikan elaun monetary, cuma jumlah yang diberikan agak rendah kerana mereka hanya menjalani latihan dan masih belum dianggap ‘key members’ dalam syarikat tersebut. Cuma persoalannya disini, berapa yang sepatutnya purata bayaran elaun untuk internship? Ketahui jenis elaun yang kedua dahulu

Elaun Benefit:

Elaun benefit pula merupakan elaun tambahan, majikan akan memberikan dalam bentuk wang tunai, ada sesetengah syarikat meneydiakan elaun minyak, elaun pengangkutan dan elaun baucar makan di restoran tertentu, elaun parking, mediacal dan macam-macam lagi bergantung kepada kebajikan syarikat. tak semua internship akan memperoleh elaun benefit ini, untuk mendpaatkan kepastian tanya je kepada majikan mengenai hal ini.

Purata Antara RM400 Hingga RM600 Sebulan!

Ya, inilah purata elaun internship sekarang, kebiasaanya sewaktu temuduga, majikan jarang tanya expected salary kerana majikan sudah tetapkan harga berapa. Tapi anda ada hak untuk tanya majikan, kerana jika majikan beri kurang daripada jumlah ini, ia bergantung kepada anda untuk terima atau tidak. Kebiasaanya, majikan akan peruntukkan RM500 paling kurang.

Cuma, ada beberapa syarikat gergasi akan menawarkan sehingga RM1.200! Ia mungkin dicampur dengan elaun benefit, kalau syarikat yang menawarkan lebih ia adalah ihsan daripada syarikat itu sendiri. jadi, jangan sesekali mempersoalkan syarikat anda kerana tak berpuas hati diberi elaun rendah (jika tidak kurang daripada purata ini).

Bagaimanapun, ia bukanlah satu kesalahan disi undang-undang jika elaun ditawarkan rendah daripada kadar purata ini, seperti yang diberitahu awal tadi, ada segelintir syarikat yang tidak menyediakan langsung elaun kepada internship. Tapi ada sahaja yang sanggup terima, pokok pangkalnya ia hanyalah latihan dan elaun ini bukan tujuan utama kolej menyediakan program internship ini. Ia adalah bertujuan untuk mendedahkan diri anda ke dunia pekerjaan yang sebenar sahaja.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.