Siakap Keli
Gambar Hiasan - Google

Jangan Tunggu Ada Kes Kematian, Baharu Nak Vaksin Anak Sendiri

Kuala Lumpur : Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ibu bapa dan kumpulan antivaksin tidak seharusnya menunggu sehingga ada kes kematian untuk terbuka hati membenarkan pengambilan suntikan kepada anak sendiri.

Beliau berkata perkara itu sangat tidak adil kepada kanak-kanak kerana mereka tidak tahu bahawa badan mereka tidak pernah divaksin dan menjadi penyumbang kepada penyebaran penyakit dalam kalangan rakan sekolah dan masyarakat setempat.

“Ia tidak adil bagi kanak-kanak kerana mereka tidak tahu mereka tiada vaksin. Memang pengambilan vaksin itu adalah keputusan ibu bapa namun harus diingat, apabila ada kematian, ianya kes yang kuat. Jangan tunggu lagi, jangan ada penambahan kes (kematian),” katanya kepada sumber, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada program “Diversity and Inclusion In The Workplace3 : Raising The Bar” anjuran British Malaysian Chamber of Commerce Berhad yang turut dihadiri Pengarah Eksekutifnya, Jennifer Lopez.

Yeoh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes lima kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini dirawat di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru. Kesemua kanak-kanak termasuk tiga perempuan berusia bawah empat tahun itu, dikesan positif jangkitan difteria susulan saringan terhadap 52 individu oleh Jabatan Kesihatan negeri.

Seorang daripada kanak-kanak yang positif itu adalah kakak kepada budak lelaki berusia dua tahun satu bulan yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, Selasa lepas.

Kata Yeoh, kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pihaknya  akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan, sangat bertepatan demi kebajikan, keselamatan dan kesihatan semua kanak-kanak yang belum mendapatkan vaksin.

Beliau berkata pihaknya belum memperoleh jumlah sebenar kanak-kanak yang tidak mendapatkan suntikan vaksin imunisasi itu kerana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Selain itu, Yeoh berkata isu penolakan vaksin itu juga akan memberi kesan kepada kanak-kanak lain baik di taska dan sekolah kerana berkongsi tempat pembelajaran yang sama dengan kanak-kanak tanpa vaksin.

”Anak-anak ini akan terjejas. Kerana itu kami sokong cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan pengambilan vaksin. Jika tidak dipatuhi, tindakan harus diambil kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan akan kewujudan kumpulan antivaksin itu walaupun suntikan vaksin telah disahkan dan dibuktikan secara saintifik serta melalui ujian klinikal malahan ia percuma di hospital kerajaan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di