Siakap Keli

Proton Persona Berwajah Baharu Diperkenalkan

Kuala Lumpur : Proton Holdings Bhd telah mengeluarkan foto rasmi pertama Proton Persona berwajah baharu, sedan keluarga segmen B syarikat itu yang memenangi anugerah.

Persona baharu itu yang bakal dilancarkan tahun ini bersama Proton Iriz, adalah model pertama syarikat tersebut yang mengalami pengubahsuaian luaran sejak bermulanya kerjasama Proton dengan Geely pada 2017, kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Bahagian luaran baharu itu akan memaparkan imej sambungan pintar ditambah dengan estetika elegan dengan buatan kemas yang menjadikan Persona lebih menonjol berbanding pesaingnya.

“Ia juga membawa elemen reka bentuk keluarga baharu Proton yang akan ditampilkan dalam semua model yang akan datang,” kata syarikat itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di