Siakap Keli

Wanita Muda Ini Pilih Untuk Gugurkan Kandungan Sebanyak 17 Kali Kerana Tidak Bersedia Jadi Ibu

Seorang wanita dimaklumkan doktor bahawa dia tidak mungkin akan dapat hamil semula selepas menjalani proses menggugurkan bayi kali ke-17 dalam tempoh 6 tahun, di China.

Menurut doktor, proses pengguguran berulang-kali dalam tempoh pendek tersebut menyebabkan rahimnya rosak teruk dan uterusnya menjadi nipis dan kasar seperti sekeping kertas.

Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Ju dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya selama 6 tahun dan seringkali mengadakan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan.

Ju juga mengaku kepada doktor bahawa dia mengambil keputusan untuk menggugurkan kesemua kandungannya sebelum ini kerana belum bersedia untuk menjadi ibu selain tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membesarkan mereka.

Dalam undang-undang diamalkan di China, mana-mana bayi yang dilahirkan di luar nikah tidak akan memperoleh kad pengenalan oleh kerajaan dan tidak mempunyai hak untuk menikmati sebarang faedah daripada negara sebagai rakyat.

Doktor sebelum itu sudahpun menasihati Ju supaya mengekalkan kandungan tersebut dan risiko yang bakal dihadapinya sekiranya dia tetap nekad untuk menggugurkan bayi tersebut, namun Ju tetap berkeras dengan keputusannya.

Pakar perubatan juga menjelaskan bahawa ini adalah peluang terakhirnya untuk mendapatkan seorang anak. Ju sebelum ini menjadikan Shiyan Maternity and Child Health Care Hospital sehingga doktor-doktor menganggapnya sebagai ‘pelanggan tetap’.

Bagi doktor, anak yang dikandung sebelum digugukan buat kali ke-17 itu mungkin adalah anak Ju yang paling berharga jika mengambil kira keadaan rahimnya namun tiada apa yang mampu dilakukan bagi memujuk Ju lagi.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.