Siakap Keli

”11 Tahun Lepas Saya Berniaga Pasar, Abah Datang Teman Tiap Minggu,” Luahan Aliff Syukri Buat Ramai Sebak

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dari-Nya kita datang, dari-Nya juga kita kembali. Semalam seperti yang dilaporkan, bapa kepada usahawan kosmetik terkenal tanah air, Dato’ Sri Aliff Syukri telah menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair.

Menerusi satu status yang dimuatnaik oleh Aliff lewat malam tadi, beliau menggambarkan bapanya, Kamarzaman, sebagai ‘orang kuat’ atau insan yang banyak membantunya mengharungi kesusahan sebelum dia bergelar usahawan berjaya.

Aliff turut menjemput orang ramai yang berada berdekatan bagi menghadiri majlis pengebumian bapanya pada pagi ini. Moga Aliff sekeluarga diberikan ketabahan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Saya mengalu-alukan orang ramai, di jemput hadir… esok..majlis yang amat bermakna..

Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini.. saya seakan tak.. tak percaya abah tak ada lagi… 11tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman tiap minggu….. abah lah orang kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini…

Bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4 tahun… abah abah jangan tinggalkan kri.. abahlahh tempat kri mengadu susah senang…. kri tak sempat nak balas budi abah……. tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya… dengan kerja kilang, pengawal keselamatan sebab kri sampai hari ni… kasih sayang abah…..sokongan abah kri tak terbalas…..

Saya nak jemput kepada semua sahabat-sahabat di ig….kiranya sudi datang untuk sama-sama solat jenazah esok di Masjid Makmuniah Sg.Nipah, Sg Besar, Selangor esok jam 10.00 pagi saya akan disana….. mudahan kehadiran anda dapat bersama-sama solat dan mendoakan buat arwah abah saya… tenang… dan please kongsikan kepada mereka yang berhampiran di sana.. saya terpaksa buat disana demi menghormati keluarga abah saay (mak dan abah saya bercerai).

View this post on Instagram

saya memgalu2 org ramai di jemput hadir… esok..majlis yg amat bermakna.. . . allah shaja tahu perasaan sy ketika ini.. sy seakaan tak .. Tak percaya abah x ada lagi…11tahun lps sy niaga pasar dia dtg teman tiap minggu…..abah lah org kuat sy yg mendengar segala masalah sy selama ini…bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4tahun…abah2 jgn tinggalkan kri2.. abahlahh tempat kri mengadu susah senang…. ….kri x sempat nak balas budi abah…….tangan abah yg berjasa mencari rezeki besarkan saya…dgn kerja kilang,pengawal keselamatan sbb kri sampai hari ni… kasih sayang abah…..sokongan abah kri tak terbalas….. . . . Saya nak jemput kepada semua sahabat2 di ig….kiranya sudi datang utk sama2 solat jenazah esok di di Masjid Makmuniah Sg.Nipah,Sg Besar,Selangor esok jam 10.00 pagi sy akan disana…..mudahan kehadiran anda dapat bersama2 solat dan mendoakan buat arwah abah saya…tenang… dan plz kongsikan kpd mereka yg berhampiran di sana..sy terpaksa buat disana demi menghormati keluarga abah sy (mak dan abah saya bercerai)

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sumber : Instagram : aliffsyukriterlajaklaris

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.