Siakap Keli

Wanita Sanggup Bunuh Suami Sendiri Demi Mahu Ganti Identiti Suami Dengan Kekasih

Seorang wanita nekad membunuh suaminya dan kemudiannya ‘mencederakan’ wajah kekasihnya dengan asid sebelum memaklumkan kepada keluarga mentuanya bahawa si ‘suaminya’ cedera kerana diserang sekumpulan lelaki di Teelangana, India.

Wanita yang berusia 28 tahun, bersama kekasihnya merancang pembunuhan suaminya sebelum mencuri identitinya untuk digunakan oleh kekasihnya yang juga bersetuju menjalani pembedahan plastik.

Menurut polis tempatan India, pasangan kekasih itu dipercayai mendapat ilham untuk melakukan rancangan jahat itu daripada sebuah filem India, Yevadu (2014) dimanasalah seorang watak menjalani pembedahan plastik bagi mencuri identiti lelaki lain.

Image result for surgery

Menurut laporan tempatan, Deputi Superintendan A Lakshminarayana, berkata pasangan itu sudah tujuh tahun berkahwin dan wanita beranak dua itu menjalin hubungan dengan kekasihnya dua tahun lalu.

Pada 28 November lalu, dipercayai, wanita tersebut yang merupakan seorang jururawat menyuntik suaminya dengan pelali dan selepas lelaki itu pengsan, dia dan kekasihnya memukulnya dengan besi hingga mati. Mereka membawa mayat mangsa ke dalam hutan dan dibakar.

Dua hari kemudian, wanita itu mencederakan muka serta tubuh kekasihnya menggunakan asid dengan kerelaan lelaki itu sebelum memberitahu keluarga mentuanya bahawa anak mereka diserang dengan asid.

Keluarga mendiang suaminya yang percaya dengan penipuan itu membawa lelaki itu ke sebuah hospital di Hyderabad sebelum membuat laporan polis.

Namun, mereka kemudian mula curiga selepas lelaki itu enggan makan sup kambing kerana dia hanya makan sayuran sedangkan sup kambing adalah kegemaran anak lelaki mereka.

Polis membuka kembali siasatan dan selepas memeriksa cap jarinya, menyedari ianya tidak sama dengan cap jari milik lelaki yang sebenar sebelum segera memberkas wanita itu dan kekasihnya.

Mereka akhirnya mengakui membunuh suami wanita itu dan polis menemui mayat mangsa yang terbakar teruk.

Sumber- News.com

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar