Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kajian Dakwa Lebih 60 Peratus Rakyat Malaysia Sedia Bekorban Untuk Negara

Gallup International, sebuah badan peringkat antarabangsa yang menjalankan pakar dalam menjalankan kajian pemasaran mendapati secara purata 6i peratus penduduk dunia bersedia untuk mempertahankan negara masing, mana bakinya menyatakan tidak pasti dengan pilihan tersebut.

Melalui kajian yang dijalankan di 64 buah negara, Gallup International yang meletakkan Malaysia kedudukan 25 negara teratas yang mendakwa hanya 63 peratus penduduknya mengakui bersedia dan sanggup untuk mempertahankan negaranya.

Dua kedudukan teratas dikongsi oleh dua negara iaitu Maghribi dan Fiji dengan 94 peratus penduduk kedua-dua negara bersedia untuk berbuat demikian. Manakala di tangga ke-3 diisi oleh Pakistan dengan 84 peratus.

Manakala India yang ketika ini sedang bertelagah dengan Pakistan mengisi kedudukan 10 teratas dengan 75 peratus penduduknya menyatakan kesediaan. Vietnam muncul sebagai negara Asia Tenggara di posisi tertinggi berkongsi kedudukan tiga teratas dengan Pakistan.

Manakala rakyat Jepun adalah yang terendah dalam menunjukkan kesediaan untuk berjuang mempertahankan negara iaitu sebanyak 11 peratus sahaja.

Kajian tersebut mendapatkan data daripada 62,398 orang responden, dengan setiap negara melibatkan seramai 1,000 orang responden lelaki dan 1,000 orang responden wanita.

Kesemua responden ditemubual sama ada secara bersemuka, melalui panggilan telefon atau menjawab soalan di atas talian.

Sumber: Gallup International

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.