Siakap Keli
Gambar Hiasan - Google

Kedah Antara Negeri Tertinggi Tolak Vaksin – Pengarah Kesihatan Negeri

Alor Setar : Kedah merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata pada 2016 sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.

“Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.

“Sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin,” katanya menerusi hantaran di laman sosial beliau di sini, hari ini.

Katanya sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan.

Dr Norhizan berkata, satu kematian akibat difteria direkodkan pada 2015, dua kematian (2016) serta satu kematian (2017) dan kesemua kanak-kanak berkenaan tidak mendapat vaksinasi.

Beliau berkata tiada kes difteria dilaporkan setakat tahun ini.

Katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha khusus untuk kumpulan sasaran yang dikenal pasti sebagai penolak vaksin, antaranya mengadakan kumpulan sokongan dan merujuk keluarga berkenaan kepada pakar.

“Selain itu kita juga mengadakan pendekatan bersama ulamak dan masuk ke perkampungan antivaksin untuk adakan pendidikan kesihatan dan kaunseling,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di