Siakap Keli

Bakal Pengantin Nekad Tidak Jamu Tetamu Makanan Selepas Kena Kecam Sebab Nak Jimat Kos

Bila bercakap tentang majlis perkahwinan, pastinya ia akan melibatkan bajet yang besar buat pasangan pengantin dan keluarga.

Tetapi, pasangan pengantin ini membuat pendekatan luar biasa dengan memilih untuk tidak berbelanja dari segi makanan di hari istimewa itu.

Satu status yang dimuat naik melalui akaun Facebook kawan kepada pengantin tersebut mendedahkan tindakan kawan baiknya itu dan secara terang-terangan tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Saya akan jadi pengapit dia pada bulan Mei ini.

“Wanita ini saya dah kenal selama 10 tahun dan dorang sangat fokuskan keindahan majlis itu nanti dengan suasana berkonsepkan ‘outdoor wedding’.

“Tapi, saya baru tahu mereka akan jimatkan kos dengan tidak membelanjakan sebarang makanan kepada tetamu.

“Saya macam tak percaya.  Majlis yang diadakan daripada siang sampai ke malam tanpa sebarang makanan disediakan?

“Rasanya saya akan tempah pizza atau apa-apa untuk tetamu lain.  Semua orang akan saling berpandangan dan segalanya akan menjadi teruk.

“Sebagai pengapit, patut tak saya bagitahu mereka?  Adakah normal untuk kita jimatkan kos dengan tidak menyediakan makanan?

Status itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan pengantin terbabit.

Ada yang berpendapat bahawa tidak patut keputusan itu diambil.  Sepatutnya mereka hanya perlu menjemput tetamu rapat dengan hidangan makanan walaupun minimal.

Sumber: Daily Star

Nur Farra