Siakap Keli

“Anggap Ni Amal Jariah Saya,” Gadis Terima RM150 Daripada Individu Misteri Minta ‘Renew Roadtax’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka beberapa hari dihujani masalah, namun tak lama selepas itu Allah datangkan dengan kebaikkan yang tak tergambarkan.

Ternyata, ramai individu yang prihatin walaupun saling tidak mengenali sesama sendiri.

Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Memberi tanpa mengharapkan balasan dan mensyukuri dengan nikmat yang diberikan Allah.

Perkongsian saudari Aqeela melalui Facebook miliknya mendapat perhatian netizen apabila dia menerima 3 keping not RM50 tanpa mengetahui identiti si pemberi.  Terkejut dengan tindakan itu, Aqeela berharap dapat menemui individu tersebut untuk mengucapkan terima kasih.

CERITA PENGAJARAN DARI KISAH BENAR SAYA SENDIRI….
Subhanallah, Allahhuakbar.. Tak tahu sape yg letakkn nota misteri ats kereta.

Kereta Satria sy ni sebenarnya agk jrg sy naik sbb kete dh rosak. Kete mampu hidup 15minit je then dia akn mula tersedut2 mati. Jd mmg selalunya sy akn gi kat kete utk panaskn enjin je. Last sy gi kt kete masa 21 Feb which means 11 hari yg lps. Sbb sy gi ulang alik keje naik moto je dgn LeEn TYha. Roadtax kete plak dh mati dr 19 Jan lg…

Ptg td dlm kol7 lebih (4mac) sy balik keje, sy gi kt kete. Mcm biasa niat nk pnskn enjin. Tp sy terperasan ada mcm sampah2 yg org selitkn kt wiper kereta. Dlm hati nk mrh dh ni, “sape la yg suka sgt buang sampah kt kete aku”. Then masa tgh alihkn kotak wane oren tu, tetiba sy perasan ada beg kecik wane pink, kt dlm nya ada surat. Cover dpn surat tu gmbr muka senyum. Suspen. Sy takut. Sy gigil. Sape la plak nk main2 kn aku ni. Sy ambik beg pink dgn kotak oren tu gi lari kt kwn2 sy yg ada dkt2 situ jgk.

Sy mitak kwn sy bukak kn surat tu sbb takut. Bila bukak je kertas tu, terus ternampak duit RM50 yg dilipat. Ya Allah… Apa ni. Kenapa ada duit… Bila sy bukak lipatan duit tu, rupanya ada 3 keping not RM50 dlm tu. Subhanallah… Ya Allah… Berdebar xleh nk ckp.. Gigil kt situ. Hampir nk mngalir airmata. Sy habiskn baca nota yg dia tinggalkn. Ntah berapa hari dh dia letak duit beserta surat tu kt kete sy sbb sy perasan duit tu kesan basah. Mgkin dh terkena hujan tp nsb baik dia letak dlm beg plastik.

Ya Allah… Tak penah lg ada pnglaman mcm ni. Nak plak tu mgkin dia selalu perhatikan sy dgn leen. Sbb dia boleh tahu sy slalu jln berdua dgn leen cuma dia xleh recognize sape owner kete. Dlm surat dia mention slalu nmpk ktorg berdua.. Sbb selalunya lps balik keje, sminggu sekali @ 2kali mcm tu sy akn gi kt kete. Kami akn gi kt kete dgn pakai helmet. Jd smpai kt kete baru akn bukak helmet tu. Mgkin difikiran dia, sy x dpt naik kete sbb roadtax sy mati, jd terpaksa naik moto. Sbenarnya ada 2 sebab x dpt naik kete. Satu, kereta mmg rosak. Dua, roadtax dh lama mati. Kenapa sy tak baiki kete? Kenapa sy tak renew roadtax? Anda tahu, semuanya perlukan duit kn….

 

Ya Allah…. Seriau. Meremang bulu roma. Sungguh tak sangka ada org berhati mulia mcm ni… Subhanallah, ya Allah. Kau murahkn rezeki mereka ini ya Allah… 3 hari lps, sy diuji dgn mslh berat yg mana 3 hari berturut2 synangis… Mmg btol2 down. Mmg btol2 sedih.. Rasa mcm putus asa. Hilang smgt.. Tp tak sangka harini, Allah gantikan dgn sesuatu yg sy tak penah sangka akn berlaku… Ya Allah, terimakasih Allah. Leen kata sbelum ni dia dh penah nmpk kotak oren tu dgn satu krts ats kete sy, tp leen ambik buang without tgk dlu tu ape dia. Sbb leen ingtkn tu sampah yg org buang merata…. Jd hamba Allah ni letakkn lg sekali kt kete sy ke?? 😨😢

Kpd awk yg misteri, sy doakan awk dimurahkn rezeki selalu dan dpermudahkn sgala urusn. Sy tgglkn nombor fon kalau2 dia dtg lg kt kete sy. Tlg la contact sy.. Sy nk sgt2 tahu sape awk. Tp andai kata awk tak muncul2 jgk, sy berdoa smoga Allah temukan awk dan sy di syurga nanti…. Besar nilai RM 150 tu.. Ya Allah. In sha Allah duit ni dia amanahkan utk renew roadtax, jd sy akn gunakn seperti yg diminta.

Terimakasih awk, pemberi misteri…. Slm syg dari Aqeela. Tlg share cerita sy. Mana tahu kot cerita ni smpai pd tuan empunya. Sy cuma nk ucp terimaksih byk2 pd dia. Moga Allah akn balas jasa awk dan dikurniakan syurga.. Aminnn

Sumber: Nur Aqeela Yang Tabah

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di