Siakap Keli

Pasangan Ada Anak Lebih Seorang Perlu Ada RM6620 Untuk ‘Survive’ Di Selangor Dan KL

‘Belanjawanku’ merupakan satu panduan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) untuk membantu rakyat Malaysia bagi merancang bajet atau perbelanjaan yang semakin kompleks.

Panduan ini dibangunkan dengan mengira corak perbelanjaan bagi isi rumah sebenar yang menetap di Lembah Klang. Anggaran pendapatan yang diperoleh oleh setiap individu dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya, simpanan, makanan, penginapan dan kesihatan.

Berdasarkan laporan Belanjawanku, golongan bujang memerlukan sekurang-kurangnya RM1870 setiap bulan bagi menampung perbelanjaan mereka setiap bulan. Anggaran ini jika mereka menggunakan perkhidmatan awam dan tidak memiliki kenderaan sendiri.

Jika bujang dan memiliki kenderaan, mereka perlu memperoleh pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM2490 setiap bulan.

Bagi golongan yang sudah berkahwin, tentunya memerlukan pendapatan yang lebih tinggi bagi menampung perbelanjaan isi rumah. Anggaran bagi mereka yang baru berkahwin ialah sebanyak RM4420 tanpa mempunyai anak.

Manakala, jika mempunyai seorang anak anggaran pendapatan yang diperlukan ialah RM5730 sebulan.

Pasangan yang mempunyai anak lebih dari seorang perlu mempunyai RM6620 bagi menampung belanjawan.

Bagi warga emas pula, sekurangnya RM3090 sebulan perlu untuk mereka setiap bulan bagi memestikan keselesaan hidup yang lebih terjamin.

Bagaimana anda boleh menggunakan Belanjawanku? Rujuk carta di bawah.

Sumber: KWSP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.