Siakap Keli

Kerana Tidak Mahu ‘Layan’ Suami, Ibu Dalam Pantang Dan Bayinya Dibunuh

Sadis, seorang ibu muda yang berusia 25 tahun dan bayinya ditemui mati dalam rumah mereka di daerah Banten, Indonesia semalam. Lebih menyedihkan apabila mengetahui mereka dibunuh oleh suami wanita itu sendiri.

Saspek Mengangkat Jenazah Anaknya (Gambar : Tribune News)

Pihak keluarga mengesahkan bahawa mereka menjumpai mayat tersebut sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan. Ketika dilihat keadaan kedua-dua mayat mangsa mempunyai lebam dan luka di kepala. Dan perkara ini disahkan sendiri oleh Budi Suhendar yang merupakan doktor bahagian torensik di Rumah Sakit Dradjat Prawiranegara (DRDP).

Menurut Budi, ibu dan bayinya yang baru berusia 40 hari itu meninggal dunia kerana telah dipukul dengan objek keras dan tumpul. Saspek telah menyerah diri kepada pihak polis. Namun Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini.

Janazah Diangkat Menaiki Van ( Gambar : Tribune News)

Dipercayai punca kejadian adalah disebabkan si isteri menolak ajakan suami untuk ‘bersama’. Ini kerana wanita muda itu masih dalam keadaan berpantang.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_BKHG4Fu6Gk]

Sumber : Tribune-News Video

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.