Siakap Keli

Mahkamah Rayuan Benarkan Pasport Dikembalikan Sementara Kepada Surirumah Untuk Buat Umrah

Seorang surirumah yang sedang berhadapan dengan hukuman penjara lapan tahun kerana mengakibatkan kecederaan teruk kepada pembantu rumahnya, berjaya dalam permohonannya bagi mendapatkan akses sementara kepada pasportnya, bagi membolehkan belaiu mengerjakan umrah di Makkah.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada  Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan membenarkan permohonan Rozita Mohamad Ali bagi mendapatkan kembali pasportnya.

Hakim Umi Kalthum yang mengetuai panel itu bagaimanapun mengenakan ikat jamin tambahan berjumlah RM5,000 dan mengarahkan Rozita mengembalikan pasportnya kepada mahkamah pada 17 April.

Rozita, 45, menerusi peguamnya memohon supaya pasport antarabangsanya dikembalikan, bagi membolehkan beliau mengerjakan umrah dari 4 April sehingga 14 April.

Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron tidak membantah permohonan itu dan meminta mahkamah mengenakan ikat jamin tambahan RM10,000 memandangkan Rozita telah disabit kesalahan.

Mac tahun lepas Rozita dibenarkan bebas dengan bon berkelakuan baik lima tahun dan ikat jamin RM20,000, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap dakwaan lebih ringan, yakni menyebabkan kecederaan teruk kepada pembantu rumahnya dari Indonesia yang berumur 19 tahun, Suyanti Sutrinso di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara pukul 7.00 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Jun 2016.

Beliau sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cubaan mmbunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, namun kemudiannya ia ditukar kepada mengakibatkan kecederaan teruk.

Kes itu kemudiannya disemak semula oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Tun Majid Tun Hamzah yang mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengenakan hukuman lapan tahun penjara selepas memutuskan bahawa bon lima tahun yang dikenakan tidak sesuai.

Beliau ditahan di penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan rayuannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Bagaimanapun tahun lepas Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman dan membebaskan beliau dengan ikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman penjara. Mahkamah Rayuan juga mengarahkan beliau menyerahkan dokumen perjalanannya.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di