Siakap Keli
The New York Times

(Video)Kisah Ketabahan Nenek Tua Sendirian Besarkan 17 Orang Cucu Dan Cicitnya Yang Masih Kecil

Membesarkan seorang anak pun sudah cukup mencabar tetapi apa yang dilalui oleh nenek yang sudah berusia 70 tahun di Shemal, Afghanistan ini wajar disanjung.

Sendirian membesarkan 17 orang cucu dan cicit secara sendirian, di kawasan penuh bergolak pada usianya yang sudahpun senja bukanlah satu tugas yang mudah.

17 orang cucu dan cicit yang masih kecil itu merupakan anak kepada anak lelaki dan dua orang cucunya yang sudahpun meninggal dunia akibat menjadi mangsa peperangan.

”Dalam keluarga ini, tinggal saya seorang yang bekerja mencari pendapatan. Saya hanya bekerja di kawasan pertanian mencari duit bagi menyara anak-anak kecil ini.

”Sudah tiada lelaki dewasa dalam keluarga ini untuk keluar mencari rezeki dan menjaga keperluan kami semua,” kata Janat Bebe sambil menitiskan air mata.

Anak dan dua orang cucunya terkorban merupakan anggota polis yang berjuang menjaga keamanan negara daripada keganasan kumpulan tertentu di sana.

Menurut data yang didedahkan oleh Presiden Afghanistan sendiri, lebih 45,000 orang anggota polis dan askara sudah terkorban dalam pertempuran sejak 2014.

”Suatu hari, kami menerima 3 keranda dan anak-anak kecil ini seringkali menangis mahu berjumpa dengan ayah mereka,” katanya lagi.

Bagi Janat, bagi menenangkan anak-anak kecil ini yang masih tidak tahu apa yang berlaku hanya mampu berkata ‘ayah kamu akan pulang tidak lama lagi’ sebagai jawapan.

Sumber: Al-Jazeera

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.