Pesawat Boeing 737-800 MAX milik Ethiopian Airlines dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan daripada Addis Ababa ke Nairobi, kira-kira 8.44 pagi waktu tempatan.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan tersebut, pesawat dengan kod pendaftaran ET-AVJ itu dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa kira-kira pukul 8.38 pagi.
Ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa seramai 149 penumpang dan 8 anak kapal, bagaimanapun nasib kesemua mangsa tidak diketahui.
Pasukan penyelamat ketika ini sedang bertungkus-lumus mengesan kedudukan pesawat dan mangsa.
Sumber: Samira Sawlani