Siakap Keli
NZ Herald

Tragedi Christchurch: Ini 25 Dari Semua Mangsa Yang Terkorban Dan Hilang Serta Latar Belakang Mereka

Dunia khususnya umat Islam ketika ini masih terkejut dan berduka dengan serangan keganasan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 49 orang terkorban di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.

Ketika itu, semua mangsa sedang bersiap sedia untuk menunaikan Solat Jumaat sebelum ‘diserang’ seorang lelaki yang melepaskan tembakkan rambang.

Mereka yang terkorban tidak kira umur dan posisi. Ada kanak-kanak, ada orang tua dan warga emas. Ada yang bujang dan ada juga yang mempunyai keluarga. Ada yang berketurunan imigran dan ada juga yang menjadi mangsa adalah kelahiran Bumi Kiwi itu sendiri.

Berikut adalah wajah-wajah mereka yang gugur dalam insiden tersebut.

1. Mucad Ibrahim, 3

Ketika kejadian, Mucad bersama-sama abangnya, Abdi Ibrahim dikatakan berada di masjid menemani ayahnya untuk menunaikan Solat Jumaat.

Abdi sempat melarikan diri daripada tempat kejadian manakala ayahnya terselamat kerana berpura-pura meninggal dunia. Bagaimanapun nasib Mucad tidak diketahui hingga kini.

Pemeriksaan yang dibuat oleh keluarga di hospital tidak menemui nama Mucad sebagai salah seorang mangsa. Rata-rata menganggap Mucad turut terkorban dalam insiden tersebut.

2. Abdullahi Dirie, 4

Abdullahi merupakan kanak-kanak berketurunan Somalia dimana ayah bersama keluarganya lari meninggalkan negara tersebut pada 1990 dan menuju ke New Zealand.

Dalam insiden tersebut ayahnya, Adan Ibrahin Dirie turut tercedera manakala empat lagi adik-beradiknya yang lain sempat melarikan diri dan tidak mengalami kecederaan. Malangnya, Abdullahi yang merupakan anak bongsu terkorban dalam insiden tersebut.

3. Remaja 12 tahun

Menurut Heba Sahmi, seorang gadis, ayahnya cedera parah dalam insiden tersebut ketika menjadi perisai dalam cubaan melindungi saudara kandung lelakinya yang lain di masjid.

Bagaimanapun, dia terpaksa menerima hakikat bahawa lima orang kenalan yang rapat dengan keluarganya termasuklah remaja berusia 12 tahun terkorban.

4. Sayyad Milne, 14

Remaja malang ini adalah pengunjung tetap masjid tersebut setiap kali tibanya hari Jumaat ditemani oleh ibu dan rakan-rakannya.

Sayyad dikatakan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran. Berada di Tahun 10 persekolahan, Sayyad yang terkorban meminati sukan bola sepak.

5. Khaled Mustafa dan anaknya Hamza, 16

Khaled merupakan pelarian daripada Syria dan baru sahaja tiba di Ne Zealand beberapa bulan yang lalu. Khaled terkorban dalam insiden di Masjid An-Noor manakala Hamza sehingga kini dilaporkan hilang.

Manakala seorang lagi anak lelakinya, Zaid, 13, parah dan telahpun menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru di hospital.

6. Naeem Rashid dan anaknya Talha, 21

Naeem merupakan wira yang bertanggunjawab merampas senjata daripada suspek. Bagaimanapun dalam usaha tersebut, Naeem turut menjadi mangsa tembakkan dan dirinya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Anaknya Talha juga turut terkorban. Keluarga ini merupakan imigran daripada Pakistan dan Naeem berpindah ke New Zealand kerana ingin mengambil peluang menjadi guru di sana.

7. Ansi Karippakulam Alibava, 25

Ansi merupakan seorang wanita yang dilaporkan berasal daripada India. Sehingga kini statusnya diletakkan sebagai orang hilang.

8. Vora Ramiz, 28

Turut dikategorikan sebagai hilang.

9. Farhaj Ahsan, 30

Farhaj yang merupakan seorang jurutera perisian meninggalkan rumah yang didiami bersama isteri dan dua orang anaknya pada pagi har kejadian untuk menunaikan solat di masjid.

Sehingga kini, tiada siapa pun yang tahu dengan nasib yang menimpanya manakala keluarga Farhaj enggan menerima berita kematian yang tiada sebarang pengesahan.

10. Mojammel Hoq, 30

Beasal daripada Bangladesh, mangsa berhijrah ke New Zealand sebagai pelajar yang ketika ini sedang menuntut di salah sebuah universiti untuk menjadi seorang doktor gigi.

Nasibnya sehingga kini tidak diketahui.

11. Atta Elayyan, 33

Dia merupakan penjaga gawang skuad futsal kebangsaan New Zealand. Atta juga merupakan antara individu popular di Christchurch.

Mangsa selamat menjalani pembedahan membuang peluru dan sedang dirawat dihospital.

12. Syed Jahandad Ali, 34

Nasibnya tidak diketahui. Rakan memberitahu Ali meninggalkan pejabat ketika waktu makan tengah hari untuk ke Masjid An-Noor bagi menunaikan solat.

Isterinya ketika ini berada di kampung halaman mereka di Pakistan.

13. Hussain Al-Umari, 36

Hussain dikhuatiri adalah salah seorang daripada mangsa yang terkorban. Hussain berhijrah bersama-sama dengan keluarganya daripada UAE pada 1997.

14. Osama Adnan, 37

Adnan berasal daripada Mesir dan menurut rakannya, status Adnan masih tidak diketahui.

15. Kamel Darwish, 39

Turut diletakkan status hilang kerana menurut keluarganya, cubaan untuk mendapat pengesahan mengenai nasib Kamel daripada pihak berkuasa dan hospital sehingga kini tidak mendapat sebarang respon.

16. Dr Haroon Mahmood, 40

Merupakan tenaga pengajar di Canterbury College sejak 2017 selepas menamatkan pengajian PhD. Berasal daripada Pakistan, mangsa yang maut merupakan salah seorang pakar perbankkan Islam yang berkidmat di New Zealand.

17. Husne Ara Parvin, 42

Berasal daripada Bangladesh, mangsa terkorban ketika cuba menyelamatkan suaminya yang lumpuh dan berkerusi roda yang ketika itu berada di kawasan tempat solat lelaki.

Husne ditembak sebaik sahaja menhampiri suaminya daripada ruang solat perempuan. Manakala suaminya dilaporkan selamat selepas dibawa lari oleh jemaah lain.

18. Mohammad Imran Kahn, 47

Imran salah seorang mangsa dalam kejadian tembak itu yang dianggap sudah meninggal dunia. Mangsa merupakan pemilik kepada beberapa uah restoran di Christchurch.

19. Amjad Hamid, 57

Amjad merupakan warga Palestin yang berhijrah ke New Zealand sejak 23 tahun yang lalu. Di New Zealand, Amjad berkhidmat sebagai pakar jantung dan bertugas di Hospital Haweera.

Keluarganya percaya Amjad sudahpun meninggal dunia.

20. Abdelfattah Qasem, 59

Bekas Setiausaha Persatuan Warga Muslim New Zealand ini berasal daripada Palestin. Nasibnya tidak diketahui namun ada saksi memberitahu bahawa dia melihat Qasem cedera parah dalam insiden tersebut.

21. Linda Armstrong, 65

Merupakan wanita warganegara New Zealand. Maut ditembak ketika cuba membantu seorang wanita yang cedera dalam insiden tersebut.

Mangsa yang cuba dibantunya bagaimanapun selamat biarpun ditembak pada bahagian tangan.

22. Ali Elmadani, 66

Juga berasal daripada Palestin. Keluarga Ali sehingga kini tidak mengetahui keadaannya.

23. Haji-Daoud Nabi, 71

Daoud merupakan Pengerusi Persatuan Warga Afghanistan dan antara jemaah yang kerap mengimarahkan surau An-Noor.

Mangsa disahkan terkorban.

24. Lilik Abdul Hamid

Nasibnya tidak diketahui namun salah seorang saudara terdekatnya menulis di facebook bahawa mangsa telah terkorban.

25. Ashraf Ali

Berasal daripada Fiji. Turut disahkan terkorban.

Sumber: NZ Herald

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.