Siakap Keli
Gambar Kredit: Laz Dasi Ntb

Dua Gempa Bumi Besar Gegar Lombok

Gempa bumi berukuran melebihi 5 pada skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia, petang ini.

Gempa pertama berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku jam 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok-Nusa Tenggara Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ia disusuli dengan satu lagi gempa berukuran 5.2 pada skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, jam 2.09 petang.

Gegaran gempa itu dirasakan di Lombok Utara, Lombok Tengah, Lombok Barat dan sehingga ke Denpasar, Pulau Bali.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan dan setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk serta kawasan setempat.

— BERNAMA

Nur Farra