Siakap Keli

Bayi Berjaya Disatukan Semula Dengan Bapanya, Angka Kematian Akibat Banjir Di Indonesia Cecah 77 Orang

Seorang bayi yang terperangkap di bawah ‘runtuhan’ selepas banjir kilat memusnahkan rumahnya di Indonesia telah ditemui semula.

Menurut seorang pegawai, bencana tersebut telah membunuh beberapa orang anggota keluarga (bayi itu) dan angka kematian sudah meningkat kepada 77 orang.

Anak kecil berusia lima bulan itu dijumpai di bawah serpihan barang-barang di dalam sebuah rumah. Ibu dan adik beradik bayi tersebut ditemui mati.

Keadaan Selepas Banjir di Daerah Setani, Indonesia (Gambar : Nasional.co.tempo)

“Kami telah membawa bayi itu ke hospital untuk dirawat.” kata juru cakap Tentera Wilayah Papua, Muhammad Aidi kepada AFP.

“Dia berada dalam keadaan yang stabil dan telah keluar dari hospital. Bapa bayi berkenaan terlihat sedih (mungkin kerana kehilangan ahli keluarga yang lain) namun dalam masa yang sama beliau gembira kerana dapat bersatu semula dengan bayinya.”

Gambar : Asiaone.com

Para penyelamat ‘bertarung’ dengan lumpur, batu dan pohon-pohon yang jatuh untuk menyelamatkan mangsa. Mereka juga bertindak sebagai jururawat untuk mengubati orang yang tercedera di dalam khemah sementara.

“5,700 orang telah dipindahkan dari kawasan yang teruk terjejas. Kami mempunyai lebih 1,000 anggota mencari mangsa yang masih belum dijumpai” kata Aidi.

Sumber : Asiaone.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.