Siakap Keli
China News

Gambar-Gambar Kemalangan MTR Bertembung, Sebabkan Kesesakkan Di Tengah Kota Hong Kong

Duah buah gerabak metro dari arah berbeza bertembung sesama sendiri pagi tadi ketika menjalani ujian sistem isyarat baru, menyebabkan seorang pemandu cedera dan perkhidmatan metro tergendala, di Hong Kong.

Ketika kejadian, kedua-dua gerabak tidak membawa penumpang.

Menurut laporan Bloomberg, kemalangan berkenaan berlaku sekitar pukul 3 pagi dan ketika itu perkhidmatan belum dibuka untuk orang awam.

Kedua-dua pemandu dibawa ke hospital, bagaimanapun hanya seorang pemandu sahaja mengalami kecederaan pada bahagian kaki, menurut jurucakap MTR Corp.

Muslim Council HK

Akibat kejadian tersebut, perkhidmatan Metro di tengah-tengah kawasan padat dan perniagaan yang menghubungkan antara Tsuen Wan dengan Admiralty and Central mengalami gangguan teruk.

Perkhdimatan MTR merupakan tulang belakang kepada sistem pengangkutan Hong Kong yang mengangkut jutaan penumpang setiap minggu.

Kemalangan berkenaan dilaporkan berlaku akibat kecelaruan fungsi sistem keselamatan dan isyarat yang hendak diperkenalkan. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi siasat.

Kevin Jona

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian kerajaan dan memberitahu mengikuti rapat kejadian tersebut. Malah, bariasan ahli lembaga pengarah MTR Corp juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

Berikut adalah gambar-gambar kemalangan di lokasi kejadian.

Muslim Council HK
Muslim Council HK
Muslim Council HK
Hong Kong Free Press
Richard Lai

Sumber: Bloomberg

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.