Siakap Keli

Terkini: Kemungkinan Pengganas, 2 Lelaki Bersenjata Lepas Tembakan di Belanda, Sekurang-Kurangnya Seorang Maut

Belanda, 18 Mac – Media di Belanda melaporkan kejadian tembakan ke arah trem di bandar Utrecht sebentar tadi dan media juga melaporkan terdapat banyak kecederaan susulan kejadian tersebut.

Polis berkata helikopter kecemasan dihantar ke kawasan kejadian dan meminta orang awam untuk menjauhi kawasan kejadian supaya pihak berkuasa boleh melakukan kerja.

Dalam pada itu, difahamkan pihak berkuasa di Utrecht telah menghentikan semua pengangkutan awam susulan kejadian.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi susulan kejadian tapi apa yang difahamkan sekurang-kurangnya seorang maut di dalam kejadian itu.

Dalam perkembangan terbaru, pihak polis juga berkata kejadian tembakan tersebut ‘mungkin bermotifkan pengganas’. Skuad Anti-Pengganas tiba ditempat kejadian sejurus selepas serangan itu berlaku.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....