Siakap Keli

Lagi Bencana Alam, Kali Ini Ribut Sikolan ‘Basuh’ Mozambique, 90% Bandar Hancur Teruk

Sekurang-kurangnya 1000 orang maut dalam taufan yang melanda Beira, Mozambique minggu lepas manakala lebih 200 orang hilang. Tropika Siklon Idai telah melanda Bandar Beira pada hari Khamis sebelum ribut tersebut meletus ke Zimbabwe yang berdekatan melepaskan angin kencang, banjir kilat dan turut ‘membasuh’ bandar dan rumah penduduk di situ.

“Sebelum ini kami telah mendaftar sebanyak 84 kematian secara rasmi, tetapi setelah kami meninjau di kawasan berkenaan pagi kejadian, kami dapat membuat kesimpulan bahawa lebih 1000 pendaftaran kematian akibat kejadian ini” kata Presiden Mozambik, Filipe Nyusi dalam satu temu bual.

“Ini merupakan satu bencana kemanusiaan yang sebenar. Lebih 10,000 orang lagi yang berada dalam bahaya” katanya lagi. Akibat dari kemusnahan itu juga, empangan meletup pada hari ahad dan memecahkan jalan terakhir di Beira.

Banyak gambar yang dikeluarkan oleh organisasi bukan keuntungan Kristian, Misi Penerbangan Fellowship, menunjukan kebanyakan masyarakat yang terjebak berada di puncak bumbung dengan air banjir setinggi paras tingkap.

“Skala kerosakan yang melanda Beira sangat besar dan menakutkan. 90% daripada bandar sekitar 530,000 orang dan kawasan sekitarnya telah rosak dan hancur” kata Persekutuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah (IFRC).

“Keadaan ini mengerikan dan skala kemusnahan sangat besar. Hampir segala-galanya musnah, jaringan komunikasi telah dipotong dan jalan raya telah rosak. Sesetengah komuniti tidak dapat diakses” kata Jamie LeSueur dari IFRC.

Amaran juga telah dikeluarkan oleh Gabenor Sofala, Alberto Mondlane bahawa ancaman lebih besar dari Siklon di negara tersebut ialah banjir kerana hujan lebat menyebabkan air di kawasan itu melimpah.

Sumber: Channel News Asia 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia