Siakap Keli

Pentadbir Boleh Tutup Sekolah Akibat Jerebu – Timbalan Menteri

Pihak pentadbiran sekolah dibenarkan menutup sekolah atau mengehadkan aktiviti luar tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Pendidikan sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) semakin teruk akibat jerebu.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekolah diberi kuasa untuk membuat keputusan itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Kami sudah ‘turunkan kuasa’ kepada sekolah, jadi tidak perlu untuk mereka merujuk kepada kementerian untuk mendapatkan kebenaran menutup sekolah atau menghentikan aktiviti luar kerana kami mahu mereka membuat keputusan sendiri.

“Kami sudah mempunyai SOP, bermaksud sekiranya ada jerebu, sekolah tertentu yang buat keputusan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Setakat 2 petang tadi, dua kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Rompin (177) dan Banting (101).

— BERNAMA

Nur Farra