Siakap Keli

“…Trump, Selamatkan Saya.” Lelaki Ini Enggan Beri Kerjasama Dengan Polis Selepas Lempar Isterinya Dari Tingkat 4

Sudah menjadi perkara biasa sekira berlakunya perselisihan faham antara pasangan suami isteri. Namun kali ini, pertengkaran yang melibatkan seorang lelaki berusia 32 dan isterianya (32 tahun) telah menyebabkan kedua mereka dimasukkan ke hospital.

Kejadian yang berlaku semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan melibatkan seorang lelaki bernama Wan yang dikatakan melemparkan isterinya apabila mereka sampai di tangga tingkat 4.

Media Taiwan melaporkan bahawa Isterinya jatuh dari ketinggian 15 meter lalu menghentam dinding sebelum beliau ‘ditangkap’ oleh jaring keselamatan.

Namun apa yang mengejutkan, Wan telah melompat dari atas penghadang dan menghempap tubuh isterinya itu!

Wanita malang itu pengsan manakala suaminya mengalami patah tulang rusuk.

Pasangan yang dipenuhi darah itu diangkat dari jaring tersebut oleh petugas keselamatan lapangan terbang dan dibawa ke Hospital Min-Sheng untuk rawatan lanjut.

Menurut polis Taiwan, kejadian itu berlaku di Terminal Perlepasan 2 di mana pasangan terbabit telah terbang ke Taiwan untuk melawat keluarga wanita berkenaan dan pertengkaran bermula apabila suaminya mahu pulang semula ke Amerika.

Wan telah keluar dari hospital dan sedang disoal siasat oleh pihak polis.

Apabila ditanya mengenai punca perlakuannya, lelaki berkenaan hanya menjawab

“Saya telah mati hari ini, saya tidak mempunyai hari esok.”

Dia juga enggan bekerjasama dengan polis Taiwan, dan berkata berulang kali:

“Saya warga Amerika , Trump, selamatkan saya.”

Sumber : Asiaone.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.