Siakap Keli

Rakyat New Zealand Pakai Tudung Jumaat Ini Sebagai Tanda Sokongan Kepada Masyarakat Muslim Christchurch

Jumaat ini, gerakan daripada komuniti yang menggelarkan diri mereka Scarves in Solidarity di Facebook merupakan gerakan persendirian telah menwar-warkan pemakaian hijab bagi komuniti wanita di New Zealand sebagai simbol sokongan dan penghormatan kepada masyarakat Muslim di Christchurch Jumaat, 22 Mac ini.

“Kami mahu tunjukkan rasa cinta dan sokongan kami terhadap tragedi yang menimpa sehingga menyebabkan kehilangan 50 orang mangsa yang terdiri daripada seorang ibu, ayah, anak, dan kawan semasa serangan tembakan rambang di Christchurch Jumaat lalu,” kata salah seorang ahli gerakan tersebut.

Idea ini tercetus daripada doktor Thaya Ashman yang telah lama mendekati masyarakat Muslim ini sejak beliau terlibat dalam misi sukarelawan sebagai doktor di Afghanistan.

Wakil masyarakat Islam di sana telah menyambut baik cadangan dan sangat tersentuh dengan usaha yang ingin dijalankan.

“Sikap perpaduan dan sokongan itu sangat kami hargai dalam masyarakat kita,” kata salah seorang ketua komuniti wanita Islam New Zealand.

Ikhlaq Kashkari sebagai Presiden Persatuan Muslim di New Zealand turut menyokong cadangan tersebut dan meyakini bahawa ia adalah idea yang hebat.

Rakyat New Zealand oleh itu digalakkan untuk berkumpul bersama rakan-rakan serta ahli keluarga dan berkongsi gambar di media sosial dengan menggunakan hashtag #headscarfforharmony sebagai tanda sokongan.

Sumber: Stuff

Nur Farra