Siakap Keli

Malaysia Kurang Durian, Jokowi Saran Indonesia Bantu Bekalan Eksport Ke China

Presiden Indonesia, Joko Widodo menyarankan agar para petani negara itu beralih dan mula menanam pokok durian berikutan permintaan yang tinggi dari pasaran global.

Presiden Jokowi berkata, Indonesia mempunyai keupayaan untuk memasarkan komoditi itu memandangkan durian mempunyai peminatnya tersendiri, terutamanya dari negara China, lapor Detik Finance.

Hal ini ditambah dengan Malaysia yang menjadi pembekal utama durian ke negara itu tidak mampu menampung permintaan yang tinggi, tambahnya.

“Adakah kita tidak punya komoditi lain yang memiliki pasaran lebih baik? Boleh saja ke penanaman durian. China minta (import) durian dari Malaysia tapi tidak cukup bekalan. Kita ada semua (durian)”, kata Presiden Jokowi.

Beliau menambah lagi,”durian kita bagus, Terdapat durian kuning, merah dan hitam. Kita ada semua itu. Durian itu banyak, kita ada macam-macam tapi kita tidak ada pengurusan yang bagus.”

Pada masa yang sama, Presiden Jokowi menegaskan bahawa penanaman durian merupakan masa depan negara tersebut. Menurut laporan Detik Finance lagi, pasaran kelapa sawit semakin merosot menyebabkan tanaman durian dijangka boleh menjadi pengganti.

Sumber: Berita Mediacorp

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia