Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Semalam komuniti Group Facebook Media #DTTB kongsi rasa resah apabila pihak berkuasa menemui seorang mayat lelaki di empangan simpanan, Palong 14 yang menyalurkan air di kawasan mereka.
Penduduk telah mengalami gangguan air dari Sabtu lalu bermula 8 malam sehingga Ahad, 8 malam.
Berita gangguan air sebelum itu telah diberitahu melalui Facebook rasmi Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).
Melalui pemberitahuan itu, masalah yang dihadapi disebabkan masalah teknikal.
Walau bagaimanapun, Ketua Perhubungan Awam SAINS akhirnya menjelaskan masalah sebenar dimana gangguan air yang dihadapi disebabkan oleh penemuan mayat di dalam Kolam tersebut.
Susulan penjelasan itu, orang ramai mula was-was dengan air tadahan yang dibuat sepanjang gangguan air yang berlaku. Rata-rata membuat kesimpulan air yang selama ini digunakan telah ‘dicemari’.
Pun begitu, ada diantara netizen yang memberi penjelasan bahawa air tersebut tidak terkesan disebabkan penemuan mayat tersebut kerana sifat alkali air lebih kuat.







