Siakap Keli

Tak Perlu Ke Cameron Highland Lagi Kalau Nak Makan Nasi Lemak Strawberry Yang Terlajak Sedap Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cakap saja mengenai Cameron Highland, pasti ramai yang terbayang cuaca yang sejuk dan nyaman. Selain strawberry celup coklat, Nasi lemak sambal strawberry ini juga salah satu sajian yang wajib anda cuba ketika mengunjungi kawasan peranginan itu.

Mungkin bagi sesetengah individu kombinasi dua makanan tersebut agak pelik dan menjengkelkan namun bagi sesiapa yang sudah mencuba makanan ini pasti sudah tertarik dengan rasa yang menyelerakan.

Sebenarnya bukan susah pun nak masak nasi lemak ni cuma perlu kerajinan dan usaha sahaja. Fara Amirullah baru ini ada berkongsi cara untuk membuatnya.

Nasi Lemak Strawberry + Sambal Strawberry

Kalau pergi cameron mesti kena try nasi lemak strawberry dgn sambal strawberry, sedap! Sambal tu rasa manis masam strawberry tu. So as usual i mesti la nak try resepi tu kannn and this is the recipe yg i rasa paaaaaaaaaling sedap dlm banyak2 resepi yg i dah explore and try, happy cooking…

Bahan-Bahan

1.Main ingredient! Blend halus and tapis, save aside hampas strawberry dgn air dia

 

2. Bahan Sambal

– bawang merah – 4biji
– bawang putih – 3ulas
– sedikit ikan bilis

3. Blend kan bahan2 kat atas and tumis sampai naik bau

4. Masukkan sebiji bawang holland yg dihiris

5. Bila semua bahan tumis dah betul2 masak masukkan cili kering yg dah diblend halus (i rebus dulu cili kering tu and tapis buang biji)

6. Tumis sampai pecah minyak and masukkan gula merah, letak lebih pon tak pe sbb normally kan sambal nasi lemak manisĀ 

7. Perasa kan dgn garam

8. Dan jgk stock ikan bilis

9. Lastly masukkan hampas strawberry yg dah ditapis tadi sebagai pengganti asam kepingĀ sambal siap!
*optional u boleh masukkan sebiji2 strawberry jgk kalau suka.
*masak sambal ni kena hati2, api jgn besar2 nnt sambal hangit and hilang kan rasa sedap sambal tu.

10. Untuk nasi lemak strawberry pulak, dah basuh bersih beras masukkan air strawberry yg dah blend tadi.

11. Masukkan santan, bawang merah (hiris), daun pandan (simpul) and sedikit garam. Sukatan air i guna sukatan yg sama mcm masak nasi biasa, biar mentah sikit nnt u boleh kukus blk nasi tu. Nak kukus lapik dgn daun pisang ya ampunn jadi wangi nasi lemak.

Nasi Lemak Strawberry Terlajak Sedap

Sumber: Fara Amirullah

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"