Siakap Keli

“Terima Kasih Harimau Malaya Untuk Semangat Juang Anda” Puji Permainan Malaysia Walau Terpaksa Lupakan Sukan Olimpik Tokyo 2020

Rakyat Malaysia ternyata kecewa  apabila mengetahui keputusan  perlawanan akhir di antara China dan Malaysia yang hanya seri 2 sama. Perkara itu ternyata membantutkan semangat penyokong yang mahu melihat pasukan tersebut ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23) di Bangkok tahun depan.

Seramai 20,000 penyokong memenuhi Stadium Shah Alam semalam menyaksikan gol pertama hasil kekhilafan pemain China, Yang Liyu apabila bola yang Muhammad Syahmi Safari terkena kakinya dan masuk ke gawang sendiri.

Gambar : BERNAMA

Memetik sumber dari Bernama, keputusan malam berakhir dengan menyaksikan Malaysia sebagai naib juara di peringkat kelayakan, berkongsi tujuh mata dengan China yang merupakan juara kumpulan dengan kelebihan perbezaan jaringan.

Nasib Malaysia kini bergantung kepada keputusan perlawanan akhir kumpulan lain pagi esok hanya kerana lima pasukan naib juara terbaik akan menyertai 11 pasukan lain.

Gambar : Twitter Harimau Malaya

Sementara itu, heboh diperkatakan di laman Twitter tentang perlawanan semalam. Hariamu Malaya turut memuatnaik hantaran di laman twitternya. ‘Kicauan’ itu telah mendapat lebih dari 2,200 ulang kicau dan pelbagai reaksi dari pengguna Twitter.

“Dukacita dimaklumkan bahawa skuad Malaysia B-23 tidak berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan AFC B-23 di Thailand tahun depan. Ia juga bermakna skuad bola sepak Malaysia sudah boleh melupakan impian beraksi di sukan olimpik Tokyo 2020.”

Namun dalam kesedihan itu, ramai yang yang memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada pasukan berkenaan.

Teruskan Usaha, Awak Semua Dah Buat Yang Terbaik

Gambar : Twitter

Terima Kasih Pemain Yang Bertungkus-Lumus

Gambar : Twitter

Bukan Rezeki

Gambar : Twitter

Dah Buat Yang Terbaik Untuk Malaysia

Gambar : Twitter

Malaysia Kalah Bermaruah

Gambar : Twitter

Sedih Seperti Pasukan Hoki Malaysia Terlepas Tiket Olimpik Tokyo 2020 di Sukan Asia

Gambar : Twitter

Malah, Ultras Malaya turut memuatnaik ‘kicauan’ dengan mengucapkan penghargaan di atas usaha Harimau Malaya.

Gambar : Twitter Ultrasmalaya07

Dalam laporan Bernama, Ketua Jurulatih Malaysia Datuk Ong Kim Swee mengakui ia adalah keputusan yang mengecewakan kerana pasukannya terlepas peluang keemasan untuk melangkah ke pusingan akhir secara automatik.

“Boleh dikatakan keputusan (layak atau tidak) yang masih samar-samar di mana kita belum tahu apa keputusan pasukan-pasukan lain”

“Tetapi permainan yang ditunjukkan para pemain hari ini mengikut apa yang kita inginkan kecuali dibolosi pada tujuh minit terakhir perlawanan.”

Gambar : BERNAMA

Manakala Guss Hiddink yang merupakan jururlatih China memuji kedua-dua pasukan kerana mempamerkan permainan yang bagus sehingga ke wisel penamat.

“Kami menyaksikan satu permainan bola sepak yang hebat penuh ketegangan.  Dua pasukan yang suka bermain bola sepak, yang mahukan kemenangan tetapi seri sudah memadai.”

Sebagaimana yang saya katakan dahulu, Malaysia memiliki pasukan yang mempunyai individu dengan kemahiran yang bagus dan mereka tahu bagaimana untuk bermain dengan baik. Jadi, ia adalah permainan yang mencabar buat kami,’ katanya.

Sumber : Harimau Malaya & Ultras Malaya 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.