Siakap Keli

Media Dakwa Brunei Akan Laksanakan Hukuman Rejam Bagi Pesalah LGBTQ, Netizen Brunei Dakwa Ianya Berita Palsu

Panas sejak semalam di mana banyak portal berita tempatan dan antarabangsa telah menyiarkan negara Brunei Darussalam akan melaksana hukuman rejam menggunakan batu bagi kesalahan mengamalkan LGBTQ bermula April depan.

Undang-undang Syariah berkenaan seperti ramai sedia maklum telah ditunda selama empat tahun untuk dikaji terlebih dahulu dan turut menerima pelbagai kritikan terutamanya dari negara barat.

Memetik laporan scmp, Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei dalam satu kenyataan berkata, Sultan Hassanal Bolkiah dijangka membuat pengumuman pada 3 April ini mengenai perlaksanaan undnag-undang syariah baru.

Namun, perlaksanaan undang-undang berkenaan adalah mengenai kod peraturan baru yang lebih keras bagi kesalahan mencuri iaitu potong tangan kanan bagi kesalahan pertama dan potong kaki kiri bagi kesalahan kedua.

”Dari segi kesediaan, pada masa ini kami bersedia untuk menguatkuasakan pemotongan tangan hanya bagi kesalahan mencuri, itu sahaja,” katanya.

Namun, berita terbaru ini pula nampaknya ditepis oleh ramai rakyat Brunei sendiri di mana ada yang menyatakan berita perlaksanaan hukuman rejam itu adalah tidak betul.

‘Recycle news’ setiap tahun

Berita fake

Jangan viralkan perkara yang boleh mendatangkan fitnah

Kenapa disiarkan lagi?

Jangan percaya berita palsu

Sumber : Brunei Dot Com, SCMP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.