Siakap Keli

(Video)Mercu Tanda Baru, Qatar Buka Muzium Rekaan Seperti Bunga Ros Padang Pasir Kepada Awam

Qatar sekali lagi melancarkan tarikan pelancongan terbaru apabila membuka Muzium Kebangsaan Qatar yang siap dibina kepada awam hari ini.

Muzium berkenaan yang direka oleh arkitek terkenal Perancis, Jean Nouvel, mempunyai reka bentu seperti bunga ros padang pasir dan warna seakan-akan warna padang pasir.

Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, muzium berkenaan bakal menjadi salah satu mercu tanda yang paling awal kelihatan bagi mana-mana pelancong yang menjejakkan kaki di negara teluk itu.

Whats Up Doha

”Budaya akan menghubungkan manusia, dan kami yakin dengan pembukaan muzium baru ini ia akan menjadi platform untuk manusia bertemu,” kata Ketua Pengarah Muzium, Sheikha al-Mayassa binti Hamad bin Khalifa Al Thani.

Bangunan dengan keluasan 52,000 meter persegi ini bagaimanapun dibuka 2 tahun lewat daripada tarikh asal selepas pihak berkuasa membuat penialaian semula terhadap kerja-kerja membina sebelum ini.

ILoveQatar

”Kami komited mahu menjadikan seluruh ruang bangunan mudah diakses oleh orang awam. Muzium perlu menjadi tarikan pelancong dan orang merasa tidak sabar mahu melawat,” katanya lagi.

Menggunakan teknik ‘free-form space’, yakni ruang tanpa pintu, perekanya mahu para pengungjung merasai pengalaman meneroka ruang dalaman muzium selancar yang mungkin.

”Ia bukan semata-mata tempat pameran terbuka. Rekaan bangunan mempunyai pelbagai dimensi, ada syiling tinggi dan rendah, rekaan yang menunjukkan keunikkan,” kata Nouvel.

Al Jazeera

Pasukan pereka berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan rekaan bangunan bercakera dengan sudut bangunan lain dari yang lain.

Secara keseluruhan, muzium tersebut mempunyai 11 buah galeri pameran yang memaparkan sejarah Qatar, bermula dari era Bedoiun hinggalah Qatar moden.

Saksikan video dibawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=N42oXNtpOAc]

 

Sumber: Al-Jazeera

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.