Siakap Keli
Gambar: Bernama

APM Bergelut Empat Jam Dengan Ular Sawa Batik 180kg

KUANTAN, 29 Mac (Bernama) — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang ‘bergelut’ selama hampir empat jam sebelum berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram di sini, awal pagi tadi.

Pegawai APM Kuantan Muhammad Ikram Harun berkata ular sawa itu ditemui oleh orang awam pada pukul 2.40 pagi semasa reptilia berukuran lebih sembilan meter itu sedang menyeberangi Jalan Semambu di sini, untuk ke kawasan semak berhampiran.

“APM mengambil masa yang lama kerana ular itu bertindak agresif mungkin kerana berasa terancam dengan kehadiran anggota APM ini, selain faktor saiznya yang besar.

“Kami menggunakan penjerut dan penyepit untuk menangkap ular itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sumber: Bernama

Muhammad Ikram berkata ular itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan penduduk di sini.  – BERNAMA

Mohd Firdaus

Tak Makan Ikan Siakap Dan Ikan Keli

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di