Siakap Keli

Rekod Dunia, 2400 Jam Dihabiskan Untuk Hasilkan Karya Seni Pasir Terbesar Hingga Boleh Dilihat Dari Ruang Angkasa

Kagum. Itu apa yang dapat digambarkan apabila melihat hasil karya seni pasir terbesar di dunia hingga boleh dilihat dari ruang angkasa.

Seni pasir berkenaan dihasilkan oleh pengkarya seni selama 2,400 jam, berkeluasan 15,876.22 meter persegi iaitu bersamaan dengan 12 kolam renang bersaiz Olimpik.

 

Difahamkan, imej seni pasir yang diberikan nama ‘Putera Kemanusiaan’ merupakan gambar Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah iaitu seorang Emir (Pemerintah) Kuwait.

Lukisan pasir ini secara keseluruhannya diukir daripada pasir batuan merah semula jadi. Lakarannya begitu besar sehinggakan Satelit Emirati, Khalifa Sat, boleh merakam imej berkenaan dari ruang angkasa.

Gambar : Guinness World Records

Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu dilaporkan menghasilkan imej tersebut bagi menunjukkan rasa cinta mereka terhadap Kuwait sempena hari kebangsaan negara itu.

Sumber : Guinness World Records

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.