Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan/www.travis.af.mil

”Ada Buku Di Rumah Dua Kali Lebih Penting Dari Ibu Bapa Ada Pendidikan Tinggi,” – Dr Taufiq Razif

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Persepi tahap pendidikan ibu bapa menetukan kecerdikan anak-anak seringkali mempengaruhi pemikiran ramai. Namun, sangkaan itu silap kerana perkembangan minda anak-anak yang dibesarkan dengan buku tidak mengira tahap pendidikan ibu bapanya.

Apa yang perlu ibu bapa ketahui mengenai anak dan buku? Perkongsian oleh Dr Taufiq Razif seperti di bawah ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.

7 Info Mak Ayah Wajib Tahu Tentang Anak & Buku

1. Dulu kita ingat, tahap pendidikan ibubapa lah yang menjadi penentu terbesar anak kita tu cerdik ataupun tidak

2. Ternyata sangkaan kita selama ni silap! Ada kajian yang dijalankan selama 20 tahun oleh penyelidik yang diketuai oleh Prof Mariah Evans mendapati sebaliknya

3. Rupa-rupanya, membesarkan anak dengan buku ni memberi kesan pada tahap pendidikan anak anak walau apa pun juga tahap pendidikan mak ayahnya

4. Di negara Cina, anak yang dibesarkan di dalam rumah yang ada 500 buah buku didapati mempunyai kepantasan didikan 6.6 tahun ke hadapan!

5. Tak semestinya 500 buah buku, memiliki buku 20 buah buku di rumah je pun dah bagi impak yang sangat besar pada anak, menurut Prof Mariah Evans

6. Mempunyai buku di rumah 2 kali lebih penting daripada cuma mempunyai ibubapa yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi

7. Nak suruh anak membaca? Jadikan rumah kita Bookish Atmosphere . Iaitu dengan :

Banyakkan buku
Wujudkan perpustakaan mini
Jadikan buku di rumah kita senang dicapai oleh anak
Jadikan rumah kita selesa untuk anak membaca buku

Nak lagi hebat?

Kita tinggalkan sejenak gajet & mula membaca buku DI DEPAN ANAK kita sekarang juga

p/s : Boleh ke Telegram saya juga untuk belajar ilmu parenting secara percuma. Klik je link ni untuk ke sana  t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Dr Taufiq Razif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.