Siakap Keli
Gambar: Classfmonline

Pasangan Kembar Kantoi, Kongsi Lesen Memandu Yang Sama Selama 20 Tahun

Satu pasangan kembar yang didapati berkongsi lesen memandu selama 20 tahun di China berjaya diberkas oleh pihak polis kerana salah seorang daripada pasangan itu membotakkan kepalanya.

Lelaki itu ditahan oleh pihak polis pada khamis lepas selepas polis mengesyaki bahawa lelaki itu memandu menggunakan lesen milik adik kembarnya.

Walaupun memiliki rupa paras yang hampir sama, pegawai polis terbabit berjaya mengesan ciri-ciri yang membezakan pasangan itu di dalam gambar kad pengenalan yang diperiksa menerusi pangkalan data pihak polis.

Pasangan kembar seiras yang berasal dari Jiamusi itu berjaya menggunakan lesen memandu yang sama sehinggalah pada tahun 2017.  Ianya terbongkar apabila lesen memandu milik adik kembarnya itu digantung kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Disebabkan itu, lesen memandu milik abangnya itu turut digantung juga kerana memiliki kesalahan yang sama.

Adik kembarnya itu kemudiannya berjaya memperolehi lesennya kembali setelah lulus ujian memandu dan mereka terus menggunakan lesen yang sama sejak dari itu.

Walau bagaimanapun, taktik yang dilakukan abangnya itu berjaya dihidu oleh pegawai polis trafik di daerah Ken selepas mendapati bahawa lelaki itu memandu dengan menggunakan lesen memandu yang telah digantung milik adiknya sebelum ini.

Pegawai polis itu terpaksa mengarahkan lelaki tersebut membuka topi yang dipakainya itu untuk mengecam identiti lelaki tersebut.

‘Walaupun mereka kelihatan sama, namun ada ciri-ciri lain yang dapat membezakan pasangan itu antaranya ialah rambut mereka,’ kata pegawai polis yang bernama Zhao Xin.

Lelaki tersebut telah didenda sebanyak 2,000 yuan dan siasatan masih lagi dijalankan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right