Siakap Keli

Selepas Ke Bulan Tahun 2024, NASA Rancang Perjalanan Ke Marikh Tahun 2033

NASA sepakat untuk menghantar semula angkasawan ke bulan pada tahun 2024 dan seterusnya merancang pengembaraan untuk menghantar manusia ke planet Marikh pada tahun 2033.

Jim Bridenstine, jurucakap NASA menjelaskan kepada umum bahawa untuk menghantar manusia ke Marikh, mereka perlu menjalankan pelbagai kajian dengan terperinci, menjalankan pelbagai program supaya rancangan mereka berjalan dengan lancar.

“Kita boleh melakukan perjalanan ke Marikh namun kita perlu menghantar astronot ke bulan dahulu sebagai salah satu pembuktian” kata Bridenstine yang juga bekas Parti Kongres Parti Republik yang dilantik oleh Presiden Donald Trump ketika sidang media yang diadakan di Capitol Hill.

NASA juga sudah merancang untuk menghantar para astronot menjelang tahun kedua Presiden Donald Trump berada di White House.

Namun begitu, ramai yang berpendapat bahawa NASA tidak mampu menghantar para astronot tepat pada tarikh yang dijadualkan berikutan terlalu banyak masalah yang timbul dan perancangan yang agak terburu-buru termasuklah persiapan untuk mereka roket dan masalah kewangan.

Berikutan daripada masalah kewangan, pihak NASA tidak mengumumkan bajet yang dikeluarkan namun akan diberitahu kemudian.

Sumber: Channel News Asia 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia