Siakap Keli

“Orang Tak Nak Uruskan Jenazah Anak Sebab Tak Cukup Duit RM300,” Lelaki Kongsi Kisah Sedih Berlaku Pada Ayah Ini

Ayah mana yang tidak sedih apabila anaknya yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir tetapi si ayah tidak mampu untuk membiayai kos pengurusan jenazah kerana tidak cukup wang.

Begitulah yang terjadi kepada seorang ayah ini yang diceritakan oleh seorang sukarelawan Mohd Zulhairi Zainol, apabila anak kepada pemuda yang dirahsiakan identitinya terpaksa membawa semula ke hospital apabila kos pengurusan jenazah di kawasan tempat tinggalnya didakwa dikenakan caj RM300.

Mujur, pihak forensik hospital tersebut menelefon Zulhairi yang memang menyediakan khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan bantuan beliau. Khidmat Zulhairi ini pernah beberapa kali tular di laman sosial dengan khidmatnya membantu pihak yang memerlukan bantuan dan tidak mampu membayar kos pengurusan jenazah yang mana di sesetengah kawasan agak tinggi harganya.

Selepas selesai urusan pengebumian anaknya, lelaki tersebut memaklumkan pada Zulhairi bahawa dia cuma ada RM150 sahaja untuk diberikan kepada Zulhairi. Namun, Zulhairi menolak pemberian lelaki tersebut dan meminta lelaki tersebut untuk siman sahaja duit itu untuk kegunaan dirinya.

“Alhamdulilah selesai, sadis kesah brader ni. Padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk di uruskan di tempatnya, disebabkan dikenakan caj rm300.00 si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan. Dibawa kembali anak ini ke hospital nasib baiklah team forensik maklumkan pada hery,terus hery dtg bantu dan uruskan mandi & kafan serta dikebumikan.

Dia maklumkan pada hery hanya ada rm150.00 sahaja, Hery ckp simpan sahaja duit tu terus ayahnya peluk Hery dan berterima kasih pada kalian semua. Ini lah di antara sumbangan kalian hery salurkan. Baby kecik mcm nie pon nak caj rm300. Modal hery tadi hanya rm20.00 je.”

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)