Siakap Keli
Gambar Kredit: Xdadevelopers

Buat Pengguna Phone Honor, Berikut Adalah Teknik Ramai Tak Tahu Untuk Ambil Gambar Selfie Paling Sempurna

Tahun demi tahun bermacam-macam peranti pintar dibawa masuk kedalam negara. Tak kiralah telefon pintar atau penjejak kecerdasan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Mahal, murah, binaan kemas, selfie, bergaya dan banyak lagi faktor penarik untuk anda pilih.

Kalau bab membeli ni, sesetengah orang suka cakap ‘biar papa asal bergaya’, tapi perlu diingat, tak semestinya mahal itu bagus, tak juga murah itu berbaloi.

Korang suka selfie? Hanya mempunyai bajet bawah RM1000? Korang boleh teruskan bacaan dibawah.

via GIPHY

Sebelum ini gempar apabila peranti terbaru daripada HONOR menerima sambutan menggalakkan sejak dipasarkan pada Januari lalu.

Pada 9 Januari lalu, menerusi promosi jualan di Lazada dan HiHONOR, peranti HONOR 10 Lite telah menambat hati pengguna Malaysia dengan jualan mencecah 1,200 unit dalam masa hanya 3 jam dilancarkan.

Apa istimewanya HONOR 10 Lite ni?

Merupakan peranti kategori mampu milik, HONOR 10 Lite mempertaruhkan beberapa kelebihan yang menjadikannya peranti wajib milik bagi setiap ‘kaki selfie’.

Didatangkan dengan tetapan dwi-kamera utama 13MP+2MP dengan bukaan aperture f1.8 dan kamera swafoto tunggal 24MP f/2.0, peranti ini menjanjikan gambar berkualiti dengan kekemasan yang baik. Memang cantiklah kalau upload dalam Instagram.

Korang tengok jelah video kat bawah ni yang dah buktikan betapa awesome-nya Honor 10 Lite sampai boleh buat korang nampak tinggi.

Hasil kamera selfie memukau bak model

Hebatnya HONOR 10 Lite ni, kamera utamanya membolehkan teknologi AI yang digunakan dapat membuat pengecaman sehingga lebih 200 daripada 8 kategori yang membolehkan setiap inci gambar korang diproses dengan cantik.

Macam mana nak tetapkan gambar dengan tahap kecantikan pelbagai?

Cara-cara:

Pergi ke Kamera dan aktifkan ikon wajah AI Beautification dari sudut kanan bawah bingkai foto dalam mod Potret, kemudian tatal untuk mencari tahap kecantikan yang diinginkan dari 1-10.

Bukan itu saja, kamera depan peranti ini disokong oleh komposisi exposure teknologi cahaya 4 in 1 yang akan membuatkan gambar selfie korang lebih detail, cantik dan lebih jelas.  Honor 10 Lite juga dilengkapi dengan fungsi wajah 3D dan kecantikan AI yang menyesuaikan efek kecantikan berdasarkan usia, jantina dan warna kulit.  Wow! Canggih teruk ni kan? Nak selfie siang ke malam tak jadi masalah.

 

Tak sah ambil gambar kalau kamera tak cantik.  HONOR 10 Lite bukan sahaja memberi pengalaman ‘selfie’ yang menarik malah, terdapat ciri-ciri lain yang sangat berguna dan wajib ada untuk ‘si kaki selfie’ seperti ciri pelicinan kulit, pelarasan warna kulit, tutup jerawat, pelangsingan muka, sorotan dan bayang-bayang, penetapan kulit berminyak, pembesaran mata, dan pemutihan gigi.

Cara-cara:

Pergi ke “Kamera” dan pilih ikon di bawah dalam mod Potret untuk memilih kesan pencahayaan 3D yang dikehendaki.


Dengan kuasa editan berkualiti studio, HONOR 10 Lite membolehkan pengguna menghasilkan seni potret mereka sendiri dari pelbagai pilihan khusus senario: Soft Lighting, Butterfly Lighting, Split Lighting, Stage Lighting and Classic Lighting.

Hebat tak?

Sekali lagi nak bagitau korang, untuk kamera utamanya, ia dilengkapi 13MP aperture f/1.8+2MP yang berfungsi sebagai depth sensor.  Is is the time to say good bye to SLR and mirrorless?

Kredit: Wiser.my

Sementara kamera depan membantu korang menghasilkan gambar yang terbaik, dual kamera dengan AI 13MP + 2MP HONOR 10 Lite aperture f / 1.8 dan f / 2.4 pula membolehkan korang mengambil gambar yang nampak macam pro.

Nak ambil gambar pada waktu malam tiada masalah kerana kamera belakang peranti ini boleh mengesan dan menstabilkan gambar pada waktu malam. Tengoklah contoh gambar yang diambil menggunakan HONOR 10 Lite ni, gempak habis.

Ini kerana, teknologi AI yang diterapkan didalam peranti ini mampu mengiktiraf lebih 500 scenes dalam 22 kategori secara automotik dan menghasilkan shot yang sempurna.

Untuk korang yang mahukan kualiti selfie yang gempak tanpa perlu berbelanja besar, HONOR 10 Lite memang telefon yang sangat sesuai.

Kemasan ‘bentuk badan’ yang premium, HONOR 10 Lite peranti yang terbaik untuk korang. Warna-warna yang ditawarkan memang meleleh je tengok, antaranya Sky Blue dengan warna biru lembut, Sapphire Blue yang agak gelap dan menawan, Shiny Red, warna merah memukau sesuai untuk para-para gadis dan terakhir sekali, warna Midnight Black buat si misteri.

 

 

Dengan berbekalkan bajet bawah RM1000, korang boleh beli Honor 10 Lite ini yang ditawarkan pada harga serendah RM749 bagi model 3GB RAM/32GB simpanan dalaman serta RM799 untuk 3GB/64GB simpanan dalaman. Jimat.

via GIPHY

Bagi korang yang berminat nak dapatkan peranti ini, boleh melalui laman web rasmi HONOR Malaysia, https://www.hihonor.com/my/



Nur Farra