Siakap Keli

Haramkan Penyedut Minuman, ‘Straw’ Kangkung Jadi Perhatian

Mulai 1 Januari lalu, straw atau penyedut minuman akan diharamkan di semua premis perniagaan bagi tujuan mengurangkan pencemaran plastik serta dalam usaha memulihara alam sekitar.

Para peniaga yang melanggar peraturan akan dikenakan kompaun tak lebih RM1,000.  Selain penyedut minuman, undang-undang ini juga diperuntukkan bagi penggunaan produk berasaskan biodegradasi seperti beg plastik dan bekas makanan.

Bukan sahaja Malaysia, pelaksanaan ini turut dijalankan di negara luar seperti Thailand.

Sebagai menyahut seruan kerajaan, salah sebuah restoran di Thailand mengambil langkah inisiatif pada satu peringkat yang berbeza apabila menggantikan penyedut minuman kepada batang kangkung.

Revolusi ini sekaligus menyelamatkan alam sekitar.  Mengumumkan penggunaan batang kangkung sebagai penyedut minuman, menurut pemilik kedai rongga batang kangkung mempunyai sekitar 1cm hingga 1.5cm diameter menjadikan laluannya lancar untuk smootihies yang tebal.

Sumber: Broccolirevolution

Nur Farra