Siakap Keli

16 Set Lego Millennium Falcon Yang Wajib Peminat Star Wars Tahu

Star Wars yang dimulakan oleh Goerge Lucas adalah antara filem yang mempunyai peminat setia paling ramai dan mengaut untung berlipat kali ganda setiap kali ditayangkan di pawagam.

Selain membuat duit melalui tayangan filem, pelbagai aksesori berkaitan Star Wars seperti patung figura dan lego turut dihasil dan dijual untuk dikumpul oleh para peminat tegar filem berkenaan.

Sebagai peminat Star Wars, berikut adalah 16 set Lego Millennium Falcon yang pernah dihasilkan dan sebahagiannya tidak lagi boleh ditemui dalam pasaran keradan sudah dihentikan pengeluarannya.

1. Millennium Falcon Lego – 2000

Millennium Falcon Lego dengan kod Lego 7190 dikeluarkan pada tahun 2000. Ketika dibeli, para peminat akan memperolehi sebanyak 663 bahagian Lego yang perlu dipasang.

Malangnya, set ini sudahpun dibesarakan oleh Lego dan bermakna ia tidak lagi boleh ditemui dalam pasaran.

2. Mini Millennium Falcon – 2003

Mini Millennium Falcon (kod 4488) dikeluarkan pada 2003 dan hanya mempunyai 87 bahagian yang perlu dipasang. Set ini dikatakan sangat sesuai buat peminat Star Wars yang baru berjinak-jinak dalam dunia Lego.

Bagaimanapun set ini turut dibersarakan oleh Lego.

3. Classic set Millennium Falcon – 2004

Classic set Millennium Falcon merupakan salah satu set Lego terbesar pernah dihasilkan dengan 985 bahagian yang perlu dipasang.

Set ini turut didatangkan dengan versi Hoth dengan patung figura Han Solo, Snowtrooper, Puteri Leia, Chewbacca serta C-3PO.

4. Ultimate Collector’s Millennium Falcon – 2007

Pada tahun dilancarkan, Ultimate Collector’s Millennium Falcon dianggap sebagai set Lego Star Wars terbesar pernah dihasilkan dan apabila siap dipasang mempunyai panjang 22 cm, 56 cm lebar dan tinggi 21 cm.

Set ini mempunyai sebanyak 5,197 bahagian dan buku panduan pemasangan setebal 311 muka surat dan set ini sudah dibesarakan.

5. Mid-scale Millennium Falcon – 2009

Mid-scale Millennium Falcon dikeluarkan bersempena Ulang Tahun Ke-10 Set Lego. Set dengan 356 bahagian ini dianggap terlalu kecil kerana tidak dapat memuatkan patung figura dan sudahpun dibesarakan.

6. Millennium Falcon – 2011

Set lengkap ini didatangkan dengan 6 patung figura iaitu Han Solo, Luke Skywalker, Chewbacca, Ben Kenobi, Princess Leia Organa serta Darth Vader dengan senjata masing-masing.

Ia merupakan skala besar bagi model Millenium Falcon dengan 1,254 bahagian perlu dipasang. Set ini turut dibesarakan oleh Lego.

7. Millennium Falcon Microfighter – 2014

Set ini dikeluarkan pada 2014 dan merupakan set kecil dengan 94 bahagian sahaja. Set yang sudah dibesarakan ini juga turut menampilkan senjata lasr dan kokpit bagi menempatkan patung figura Han Solo.

8. The Force Awakens Millennium Falcon – 2015

Salah satu set Lego Millennium Falcon terbesar pernah dihasilkan dengan 1.329 bahagian. Set ini juga unik kerana hud boleh dibuka dan memperlihatkan bahagian kopit pesawat.

Didalamnya terletak papan pemuka Holo, Hyperdrive, stor simpanan peluru dan stor rahsia. Set ini juga telah dibesarakan.

9. The Force Awakens Millennium Falcon – 2015

Set ini turut didatangkan dengan patung figura iaitu Rey, Finn, Han Solo, Chewbacca, Tasu Leech dan ahli kumpulan Kanjiklub dengan senjata masing-masing.

Selain itu, set ini turut mempunyai patung Droid Astromech BB-8 Astromech dan ia turut dibesarakan oleh Lego.

10. Large Millennium Falcon – 2017

Merupakan set Lego terbesar dengan 7,541 bahagian dan dijual dengan harga yang agak mahal iaitu USD 799.99.

Set ini mempunyai tinggi 21 cm, panjang 84 cm dan lebar 56 cm. Large Millenium Falcon sarat dengan perincian yang menyaksikan ia tidak jauh bezanya dengan kapal sebenar di dalam filem Star Wars.

11. Millennium Falcon Microfighter – 2018

Merupakan set Lego kecil dengan 92 bahagian sahaja. Set ini boleh menempatkan patung figura Chewbacca pada bahagian kopit dan dijual pada harga USD 9.99.

12. Kessel Run Millennium Falcon – 2018

Kessel Run Millennium Falcon dijual pada harga USD 169.99 dan dikeluarkan bersempena filem Solo: A Star War Story. Ia mempunyai sebanyak 1,414 bahagian.

Sumber: CNET

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.